Now Reading
Gunung Ruang Meletus: AirAsia & Malaysia Airlines Batal Beberapa Penerbangan, Semak Senarai Di Sini

Gunung Ruang Meletus: AirAsia & Malaysia Airlines Batal Beberapa Penerbangan, Semak Senarai Di Sini

AirAsia dan Malaysia Airlines meminta para penumpang yang terjejas untuk terus menyemak dan mengemaskini maklumat bagi mengetahui status penerbangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pihak berkuasa Indonesia semalam, 17 April telah mempertingkatkan amaran selepas sebuah gunung berapi, Gunung Ruang yang terletak di wilayah Sulawesi Utara meletus dan menghamburkan abu setinggi lebih 1.8 kilometer.

Susulan itu pihak berkuasa di sana telah mengeluarkan amaran Tsunami dan bertindak memindahkan lebih  800 penduduk di kawasan berdekatan.

Terbaharu, dua syarikat penerbangan negara iaitu Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dan AirAsia telah membatalkan sejumlah penerbangan dari Semenanjung ke Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dan domestik dalam negeri.

Menurut Malaysia Airlines, penerbangan yang terlibat adalah penerbangan dari dan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak iaitu yang dijadualkan pada hari ini, 18 April:

Malaysia Airlines: Ke/Dari Sabah

  • MH7420 (KUL-TWU)
  • MH7421 (TWU-KUL)
  • MH2612 (KUL-BKI)
  • MH2621 (BKI-KUL)
  • MH2710 (KUL-SDK)
  • MH2711 (SDK-KUL)
  • MH2610 (KUL-BKI)
  • MH2611 (BKI-KUL)
  • MH7404 (KUL-BKI)
  • MH7405 (BKI-KUL)
  • MH2613 (BKI-KUL)

Malaysia Airlines: Ke/Dari Sarawak

  • MH2520 (KUL-KCH)
  • MH2513 (KCH-KUL)
  • MH2542 (KUL-KCH
  • MH2543 (KCH-KUL)
  • MH2574 (KUL-MYY)
  • MH2575 (MYY-KUL)
  • MH2742 (KUL-BTU)
  • MH2743 (BTU-KUL)

Menurut Malaysia Airlines pihaknya akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan mengingatkan para penumpang untuk mengemas kini maklumat menerusi My Booking pada laman sesawang Malaysia Airlines.

Ini bagi memudahkan mereka menerima maklumat terkini yang akan dihantar melalui e-mel dan SMS.

Maklumat lanjut rujuk di sini.

AirAsia batal penerbangan dari KL Ke Tawau dan dalam negeri Sabah

Bagi AirAsia pula, senarai penerbangan yang dibatalkan adalah dari Kuala Lumpur ke Tawau dan penerbangan domestik dalam Sabah seperti di jadual bawah:

AirAsia dalam masa sama turut meminta penumpang yang akan berlepas atau mendarat di kawasan terjejas untuk menyemak status penerbangan di laman status penerbangan.

Untuk maklumat lanjut rujuk di sini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd