Now Reading
[Video] Influencer Indonesia Ludah Warga Singapura Gara-gara Ditegur Potong Barisan

[Video] Influencer Indonesia Ludah Warga Singapura Gara-gara Ditegur Potong Barisan

Influencer, Una Dembler, walau bagaimanapun menafikan dia berniat untuk memotong barisan dan mendakwa seseorang telah membaling nasi ke arahnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum bahawa konsert Bruno Mars baru sahaja berlangsung di negara jiran, Singapura pada 3, 5 dan 6 April lalu. Seperti lain-lain konsert di republik itu, ramai penonton dari negara-negara seluruh Asia Tenggara turut hadir ke sana.

Namun dalam keterujaan menyaksikan Bruno Mars secara langsung, ada pula yang sehingga berbalah kerana isu yang kecil/remeh.


Influencer Indonesia Ditegur Kerana Didakwa Potong Barisan

Baru-baru ini, seorang TikToker dari Singapura, Sabrina (@sabrinasimisai) telah memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang bertikam lidah dengan seorang influencer daripada Indonesia.

Dia pada mulanya telah menegur influencer tersebut, Una Dembler, kerana didakwa telah memotong barisan bagi ‘standing pen’ konsert Bruno Mars.

Una kemudiannya mendakwa terdapat individu yang membaling nasi ke arahnya, sebelum meludah ke arah Sabrina.


Una Dakwa Sedang Menunggu Rakan

Sabrina mendakwa Una telah duduk di hadapan seorang lelaki dalam barisan berkenaan. Namun setelah dia bertanya, lelaki tersebut memaklumkan bahawa dia tidak mengenali Una dan datang ke konsert itu sendirian.

Setelah ditegur, Una menjelaskan dia duduk di sana kerana sedang menunggu seorang kawan yang pada ketika itu berada di tandas.

Sabrina kemudiannya menerangkan bahawa dia duduk di bahagian hadapan barisan dan memintanya supaya ke belakang untuk menunggu rakannya.

https://www.tiktok.com/@sabrinasimisai/video/7354429769309637896

Menerusi satu video lain di TikTok, Sabrina berkata dia tidak berasa marah dengan apa yang terjadi, tetapi terasa tidak dihormati.

Dia tetap bersalah kerana memotong barisan. Bagi saya, cara terbaik dalam situasi tersebut adalah sama ada dia meminta maaf atau meninggalkan tempat itu. Atau tidak memotong barisan pada mulanya.

TikToker Singapura, Sabrina
@sabrinasimisai

#stitch with @professional armpit lover TLDR: arguing when you were in the wrong to begin with will not magically make you right 🙂

♬ original sound – professional armpit lover – professional armpit lover

Una Berkeras Tiada Niat Potong Barisan

Dalam satu hantaran di Instastory, Una telah memohon maaf atas sikapnya tetapi berkeras bahawa dia tidak berniat untuk memotong barisan.

Dia meminta agar orang ramai turut mendengar cerita dari pihaknya dan mendakwa ada individu yang membaling nasi ke arahnya walaupun setelah dia berdiri untuk mengubah tempat.

Wanita itu masih cuba membaling nasi ke arah saya. Malangnya, saya tidak merakam video ketika dia membaling nasi.

Influencer Indonesia, Una Dembler

Sabrina walau bagaimanapun menafikan dakwaan terdapat individu yang membaling nasi ke arah Una.

@sabrinasimisai

Replying to @professional armpit lover 🙂 Lies over lies, still no apology to the mistakes. I have not nothing to say anymore.

♬ we cant be friends – greeedyari

Una Minta Maaf Pada Sabrina

Terkini, Sabrina memaklumkan dalam satu hantaran di TikTok bahawa Una telah meminta maaf kepadanya. Sabrina membuat keputusan untuk memaafkannya kerana mempercayai setiap orang berhak mendapat peluang kedua dalam hidup.

Sumber: @sabrinasimisai/ TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd