Now Reading
Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia

Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia

Antara lokasi masjid-masjid cantik di seluruh Malaysia adalah di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Di Malaysia (11)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masjid merupakan Rumah Allah SWT dan menjadi lokasi ibadah buat penganut beragama Islam yang perlu sentiasa dijaga dengan bersih dan kemas.

Selain sebagai tempat ibadah, masjid juga boleh dijadikan sebagai lokasi untuk berehat dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti taman permainan kanak-kanak, kolam ikan, vending machine dan sebagainya.

Dengan adanya kemudahan seperti ini, maka tidak perlulah lagi untuk bersesak di hentian R&R apabila mahu berehat ketika perjalanan yang jauh.

Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Kedah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Carwash, Pejabat, Kafe & Homestay!


10 Masjid Yang Cantik Di Seluruh Malaysia

Menerusi ciapan dimuat naik di laman Twitter (@anissssurayaaa), wanita ini berkongsi senarai menunjukkan 10 lokasi masjid yang paling cantik di seluruh Malaysia.

Tidak dinafikan, bentuk masjid serta dekorasinya cukup moden dan memukau. Memang berbeza dengan masjid-masjid biasa. Bila tengok balik, rasa seperti di luar negara pula.

Jom kami kongsikan 10 masjid yang akan memukau pemandangan anda. Antaranya:

#1. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru

Sumber: Twitter @anissssurayaaa

Lokasi: Masjid Sultan Iskandar, 2, Jalan Dato’ Onn 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor.

#2. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah

Sumber: Twitter @anissssurayaaa

Lokasi: Masjid Al-Bukhary, Jalan Langgar, Kedah, 05450 Alor Setar.

#3. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Razaleigh, Kelantan

Sumber: Twitter @anissssurayaaa

Lokasi: Masjid Razaleigh, Jalan Pejabat PAS, Pekan Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan.

#4. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Selat Melaka

Sumber: Twitter @anissssurayaaa

Lokasi: Masjid Selat Melaka, Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Melaka.

#5. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Sumber: Twitter @anissssurayaaa

Lokasi: Masjid Sri Sendayan, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan.

#6. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Tunku Azizah Iskandar, Bentong, Pahang

Sumber: Twitter @anissssurayaaa

Lokasi: Masjid Tunku Azizah Iskandar, Kampung Baru, 28700 Bentong, Pahang.

#7. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Damansara Perdana, Selangor

Sumber: AireGard

Lokasi: Masjid Damansara Perdana, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya Selangor.

#8. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya, Ipoh, Perak

Sumber: Masjid Muhammadiah Tasek Jaya

Lokasi: Masjid Muhammadiah, Jalan Musim Bunga, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak.

#9. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Sumber: Twitter @anissssurayaaa

Lokasi: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

#10. Masjid Cantik Di Malaysia: Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Sumber: You & I Homestay/ Afiq Halid

Lokasi: Masjid Terapung Tanjung Bungah, Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.


Kelebihan Beriktikaf Di Masjid

Dengan adanya masjid-masjid cantik yang dibina di seluruh Malaysia, diharapkan lebih ramai masyarakat Islam akan memenuhi saf jemaah solat di tempat ibadah ini dengan mengajak ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

Alang-alang itu, boleh berniat untuk iktikaf di masjid dengan membaca niat iaitu ‘Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.’

Memetik sumber dari Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis:

فَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ كَانَ فِي الصَّلَاةِ مَا كَانَتْ الصَّلَاةُ هِيَ تَحْبِسُهُ وَالْمَلَائِكَةُ يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ

Maksudnya: Jika seseorang telah masuk masjid, maka dia dikira berada dalam solat selama ia meneruskan solatnya, dan malaikat terus menerus mendoakan salah seorang diantara kamu selama ia dalam tempat duduknya yang ia gunakan untuk solat, malaikat akan berdoa; ‘Ya Allah, rahmatilah dia, Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah maafkanlah dia,’ selama ia tidak melakukan gangguan dan belum berhadas.

Sumber: Twitter AS | Mufti Wilayah Persekutuan | Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd