Now Reading
[Video] Masjid Di Kedah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Carwash, Pejabat, Kafe & Homestay!

[Video] Masjid Di Kedah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Carwash, Pejabat, Kafe & Homestay!

Masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Al-Busyra Merbok, Kedah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Masjid merupakan Rumah Allah SWT yang perlu diperlihara supaya sentiasa bersih dan terjaga. Malah, untuk menaik taraf juga digalakkan supaya tempat beribadat ini sentiasa menjadi tempat yang sering dikunjungi orang ramai dengan selesa.

Oleh itu, Jawatankuasa Masjid ditugaskan untuk menguruskan segala amanah orang ramai yang telah diserahkan menerusi Tabung Masjid.

Gambar sekadar hiasan.
(Sumber: Kashoorga)

Tapi sejak akhir-akhir ini banyak pula kes kecurian tabung masjid.

BACA JUGA: RM4,000 Fine & 10 Days Jail For Teen Who Tried To Steal Money From Mosque


Masjid di Kedah bertaraf lima bintang!

Baru-baru ini, satu video tular di aplikasi TikTok @firdausfirabib menunjukkan sebuah masjid yang menyediakan kemudahan hampir lengkap dan tiptop untuk para pengunjung rumah ibadat tersebut.

Firdaus yang memegang jawatan sebagai Imam dan juga Pengerusi Masjid itu telah memberitahu secara ringkas tentang kemudahan yang boleh didapati di Masjid Al-Busyra Merbok, Kedah.

Masjid Al-Busyra Merbok, Kedah.
(Sumber: Facebook/Masjid Al Busyra Merbok)
Masjid Al-Busyra Merbok, Kedah.
(Sumber: Toyyibpay)

Antaranya:

  • Tandas bertaraf R&R.
  • Vending Machine.
  • Ruang solat buat Musafir.
  • Kolam ikan.
  • Pondok info.
  • Tukang kebun.
  • Tempat cuci kereta (carwash).
  • Pejabat untuk kerani.
  • Air yang bersih dan percuma untuk semua orang.

Malah, fasa ketiga yang bakal dijalankan pula akan menyediakan kedai runcit, kafe dan juga homestay!

Siap ada servis percetakan baju tersendiri.

Menurut Firdaus lagi, pihak masjid tersebut merancang untuk menjadikan masjid itu sebagai masjid mesra musafir, masjid transit dan juga masjid R&R yang pertama di negeri Kedah.

Terbaiklah!

@firdausfirabib Jom Tour #masjidalbusyramerbok #masjidrnr #bulehtaratu #fypシ #sahabatbosskay ♬ I Got All Night (Instrumental) – BLVKSHP

Bukan calang-calang masjid macam ini.

Barulah ramai yang nak singgah solat dan berehat sebentar. Tak perlu bersesak-sesak di R&R lagi kalau dah masjid pun serupa R&R.


Ramai kagum

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut kagum dengan hasil projek Masjid Al-Busyra Merbok ini.

Sumber: TikTok/Firdaus Firabib
Sumber: TikTok/Firdaus Firabib
Sumber: TikTok/Firdaus Firabib

Semoga kemudahan yang disediakan ini bakal memberikan manfaat buat para pengunjung masjid tersebut. Yang penting, sama-sama jaga ya!


Hukum Penggunaan Wang Tabung Masjid Untuk Aktiviti Luar yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah.

Untuk pengetahuan umum, Wang Tabung Masjid adalah amanah orang ramai yang diserah kepada Jawatankuasa Masjid untuk diurus dengan sempurna.

Memakmurkan masjid-masjid dalam konteks semasa diaplikasi melalui penganjuran aktiviti keagamaan yang boleh memberi manfaat kepada anak kariah seperti:

  • Kuliah.
  • Ceramah.
  • Aktiviti kebajikan/kemasyarakatan dan seumpamanya.

Justeru, bagi mencapai matlamat tersebut maka pihak masjid diharuskan untuk menggunakan wang tabung masjid dalam jumlah yang munasabah kerana ia tidak terhad hanya kepada pembangunan fizikal masjid semata-mata bahkan harus juga digunakan untuk pengimarahan masjid dan kemaslahatan anak kariah serta umat Islam secara keseluruhannya.

Sekiranya berlebihan, bolehlah dimanfaatkan untuk kebajikan anak-anak kariah yang miskin, di dalam kesusahan, ditimpa musibah dan sebagainya.

Untuk mengetahui lanjut, [KLIK SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd