Now Reading
Tempat Perlindungan Rakyat Palestin Di Rafah Diserang, Malaysia Kutuk Kekejaman Israel

Tempat Perlindungan Rakyat Palestin Di Rafah Diserang, Malaysia Kutuk Kekejaman Israel

Tentera Hamas menjelaskan bahawa serangan tersebut yang berlaku sebelum waktu Subuh itu telah memusnahkan 14 buah rumah serta tiga buah masjid di bahagian berbeza di Rafah.

rafah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak Oktober lalu, rakyat Palestin dihujani peluru dan bom dari Angkatan Pertahanan Israel (IDF) tanpa henti sehingga meragut lebih 28,064 nyawa termasuk kanak-kanak, warga emas dan wanita.

Sebelum ini, jutaan rakyat Palestin telah melarikan diri dan berlindung di selatan Gaza iaitu Rafah selepas pihak IDF memaksa mereka untuk mengosongkan hampir keseluruhan Palestin sebelum dibom.

Rafah yang terletak di sempadan Gaza dengan Mesir sebelum ini didakwa oleh IDF sebagai kawasan selamat bagi rakyat Palestin untuk mendapatkan perlindungan.


Kawasan Rafah Diserang Oleh IDF

Namun, Rafah yang dipercayai sebagai kawasan zon selamat bagi rakyat Palestin kini tidak lagi apabila tentera Zionis melakukan serangan udara di kawasan tersebut juga.

Harian Metro yang memetik laporan AFP memaklumkan bahawa lebih 100 orang maut dalam serangan Israel di Rafah pada awal pagi semalam (12 Januari).

Tentera Hamas menjelaskan bahawa serangan tersebut yang berlaku sebelum waktu Subuh itu telah memusnahkan 14 buah rumah serta tiga buah masjid di bahagian berbeza di Rafah.

Difahamkan, lebih 1.5 juta rakyat Palestin telah berlindung di kem pelarian di Rafah sebagai lokasi terakhir mereka untuk menyelamatkan diri daripada serangan tentera Israel.

Situasi memilukan yang berlaku di Rafah itu juga berjaya dirakam dan dimuat naik di media sosial.


Malaysia Kutuk Serangan Israel Di Rafah

Kementerian Luar Malaysia menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook (Wisma Putra) telah mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh IDF ke atas bandar Rafah yang merupakan tempat perlindungan orang awam di Palestin.

Dalam pada itu, Malaysia turut mendesak agar tentera Israel menghentikan serangan yang dilakukan dan mematuhi undang-undang peringkat antarabangsa.

Operasi ketenteraan yang berniat jahat ini dengan jelas memperlihatkan matlamat ulung rejim Zionis untuk menghapuskan rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri. Sikap angkuh mereka telah membelakangkan prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menghina keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 26 Januari 2024 mengenai enam tindakan yang mesti diambil oleh Israel.

Wisma Putra.

Malaysia juga secara tegasnya menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan semula hak mereka dalam penubuhan negara yang merdeka.

Malaysia kekal dengan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dalam mendapatkan kembali hak-hak mereka untuk berdiri sendiri, penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan diterima sebagai ahli anggota penuh PBB.

Wisma Putra.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dengan lantang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin meskipun menerima ugutan dari negara Barat.

Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PMX Dedah Terima Ugutan Dari Negara Barat, Namun Bertegas Akan Terus Pertahan Palestin

Baca Artikel Berkaitan:  Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: Israel Kepung Hospital Indonesia Di Gaza, 12 Rakyat Palestin Terbunuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd