Now Reading
Majlis Keselamatan PBB Luluskan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza Buat Pertama Kali Sejak 7 Oktober 2023

Majlis Keselamatan PBB Luluskan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza Buat Pertama Kali Sejak 7 Oktober 2023

Gencatan senjata yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam (25 Mac) adalah untuk bulan Ramadan selepas mendapat 14 undian yang menyokong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak 7 Oktober 2023, peperangan yang berlaku di Gaza masih tidak berhenti dan telah meragut sehingga 32,226 nyawa di mana kebanyakannya adalah kanak-kanak dan wanita.

Dalam kes yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita hamil di Palestin telah diperkosa dan dibunuh oleh tentera Israel di hadapan ahli keluarganya ketika cuba berlindung di dalam Hospital Al-Shifa.

Bukan setakat itu sahaja, ahli keluarga mereka yang menutup mata dan tidak melihat seksaan kepada wanita itu juga akan ditembak.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mayat Bayi Pramatang Mereput Dijumpai Lepas Hospital Di Gaza Dikosongkan

Baca Artikel Berkaitan: “Mereka Bukan Kerosakan Sampingan” – Hulk Bidas Kenyataan Netanyahu Terhadap Rakyat Palestin


Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza Diluluskan Pertama Kali Oleh

Memetik laporan UN News, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam (25 Mac) telah bersetuju untuk meluluskan resolusi gencatan senjata di Gaza bagi tempoh bulan Ramadan.

Selain itu, pembebasan segera tebusan tanpa syarat dan kemasukan bantuan ke Gaza juga dituntut dalam gencatan ini selepas menerima 14 undi yang menyokong dengan undian berkecuali dari negara berkuasa veto, Amerika Syarikat.

Sebagai info, gencatan senjata yang diluluskan untuk tempoh dua minggu ini buat pertama kalinya diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB selepas 171 hari peperangan berlaku di Palestin sejak Oktober 2023.

Sumber: Pexels

Percubaan untuk menuntut gencatan senjata ini telah dilakukan sebanyak empat kali sepanjang lima bulan lalu.

Tuntutan untuk melakukan gencatan senjata sepenuhnya seperti yang dicadangkan oleh Rusia walau bagaimanapun telah ditolak oleh pertubuhan tersebut.

Menurut Amerika Syarikat (AS), mereka mengambil tindakan berkecuali kerana menyokong gencatan senjata, namun tidak menyokong kandungan resolusi atas sebab ia tidak mengutuk perjuangan Hamas.

“Oleh kerana itu, kami tidak akan memberikan undian untuk resolusi gencatan senjata ini,” kata duta Amerika Syarikat ke PBB Linda Thomas-Greenfield.

Sebaik AS bertindak demikian, Tel Aviv telah mengumumkan pembatalan kunjungan mereka ke Amerika Syarikat.


Gencatan Senjata Pernah Berlaku Untuk Pertukaran Tebusan

Pada 22 November 2023 yang lalu, kerajaan Israel mengumumkan bahawa mereka memeterai perjanjian untuk melakukan gencatan senjata selama beberapa hari sekiranya pejuang Hamas bersetuju untuk membebaskan sejumlah tebusan wanita dan kanak-kanak di Gaza.

Sebagai pertukaran, sejumlah rakyat Palestin yang berada di penjara rejim Zionis akan dibebaskan mengikut umur bermula dengan golongan warga emas.

Ia kemudiannya berlangsung buat beberapa ketika sebelum pembantaian Israel terhadap Palestin tercetus semula.

Sumber: Aman Palestin/Malay Mail

Baca Artikel Berkaitan: Israel Umum Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu Hamas Bebaskan 50 Tahanan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd