Now Reading
Israel Umum Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu Hamas Bebaskan 50 Tahanan

Israel Umum Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu Hamas Bebaskan 50 Tahanan

Sebagai pertukaran kepada perjanjian itu, rakyat Palestin yang berada di penjara Israel akan dibebaskan mengikut umur bermula dengan golongan warga emas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penindasan kejam oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) tehadap rakyat Palestin semakin berleluasa dengan jumlah nyawa yang terkorban terus meningkat.

Setakat hari ini (22 November), sejumlah 14,100 nyawa tidak berdosa telah syahid di medan perang termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Namun begitu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini masih menolak seruan gencatan senjata walaupun diarah oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza


Gencatan Senjata Selama 4 Hari Jika 50 Tebusan Di Gaza Bebas

Terbaharu, kerajaan Israel hari ini (22 November) mengumumkan bahawa mereka memeterai perjanjian untuk melakukan gencatan senjata selama empat hari sekiranya pejuang Hamas bersetuju untuk membebaskan sejumlah 50 tebusan wanita dan kanak-kanak di Gaza pada ketika ini.

Sebagai pertukaran, 150 rakyat Palestin yang berada di penjara rejim Zionis akan dibebaskan mengikut umur bermula dengan golongan warga emas, lapor Berita Harian.

Jurucakap kerajaan Israel berkata, perjanjian tersebut turut menetapkan syarat gencatan senjata akan dilanjutkan selama sehari bagi setiap tambahan 10 tebusan yang dibebaskan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa di Gaza berkata bahawa perjanjian tersebut akan menyaksikan gencatan senjata pertama dalam peperangan antara Palestin-Israel sejak 7 Oktober lalu.

Setakat ini, kira-kira dua pertiga daripada 2.3 juta penduduk di Gaza telah kehilangan kediaman masing-masing akibat kemusnahan bangunan.


Trafik Udara Akan Dihentikan

Dalam tempoh empat hari tersebut juga, trafik udara akan dihentikan selama enam jam dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Dalam pada itu, Hamas menyambut baik gencatan senjata itu dan mengesahkan akan membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak Israel yang ditahan.

Tambah Hamas lagi, Israel akan menghentikan semua operasi ketenteraan dan membenarkan kemasukan ratusan trak yang membawa bantuan kemanusiaan, perubatan dan minyak ke Gaza.

Baca Artikel Berkaitan: Israel ‘Tunduk’ Arahan Amerika Syarikat, Diminta Tangguh Serangan Darat Guna Kereta Kebal

Baca Artikel Berkaitan: Joe Biden Disaman Gara-gara Gagal Halang Genosid Di Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd