Now Reading
Israel ‘Tunduk’ Arahan Amerika Syarikat, Diminta Tangguh Serangan Darat Guna Kereta Kebal

Israel ‘Tunduk’ Arahan Amerika Syarikat, Diminta Tangguh Serangan Darat Guna Kereta Kebal

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata serbuan darat di utara Gaza menggunakan kereta kebal adalah sebahagian daripada persiapan mereka untuk pertempuran peringkat seterusnya.

israel kereta kebal masuk gaza (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak tentera Israel melakukan serangan balas ke atas Palestin pada 7 Oktober lalu sehingga kini, kekejaman rejim Zionis ini telah meragut lebih daripada 7,028 orang mangsa.

Meskipun pertumpahan darah di Palestin mengorbankan ramai individu yang tidak bersalah termasuklah kanak-kanak dan warga emas, namun tentera rejim Zionis masih tidak berhenti membedil Gaza.

Penindasan yang dilakukan oleh tentera Israel melalui serangan bom dan roket juga telah melumpuhkan sepenuhnya sistem kesihatan di kebanyakan hospital di Gaza.

Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban


Israel Lakukan Serangan Darat Di Gaza Dengan Membawa Masuk Kereta Kebal

Pencerobohan Israel di utara Gaza dilaporkan berlaku pada malam semalam (26 Oktober) apabila pasukan mereka telah melakukan serangan darat dalam serbuan yang disasarkan menggunakan kereta kebal.

Memetik sumber Harian Metro, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata serbuan yang dilakukan itu adalah sebahagian daripada persiapan mereka untuk pertempuran pada peringkat seterusnya.

Selepas beberapa jam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengisytiharkan persiapan perang darat yang sedang dijalankan, satu letupan menghasilkan kepulan asap hitam dilihat dalam rakaman ‘night-vision’.

Video hitam-putih itu memaparkan pergerakan kenderaan berperisai milik Israel bergerak berhampiran pagar sempadan Gaza.

Jurucakap tentera mengesahkan kepada laporan AFP bahawa ini bukan kali pertama askar dan kereta kebal Israel memasuki Gaza untuk melakukan pencerobohan sejak 7 Oktober lalu.

Sumber: X (Twitter @AhmadFaezal4)

Amerika Syarikat Bantu Israel Perkukuh Sistem Pertahanan Udara

Israel yang sebelum ini merancang untuk melakukan serangan darat di Palestin telah diminta untuk menangguhkannya oleh Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana AS mahu memastikan pertahanan pasukan rejim Zionis diperketatkan dengan menghantar pertahanan peluru berpandu sebagai langkah perlindungan.

Menurut laporan WSJ, dijangkakan sistem pertahanan udara AS akan ditempatkan di wilayah berkenaan pada akhir minggu ini.

Dalam pada itu, Washington juga sedang berusaha untuk mengerahkan 12 sistem pertahanan udara mereka yang berkhidmat di Iraq, Jordan, Kuwait, Arab Saudi, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

AS berpendapat bahawa kumpulan pejuang akan menjadikan pasukan tentera mereka sebagai sasaran sejurus serangan darat oleh Israel dilakukan atas wilayah Palestin tersebut.

Artikel Berkaitan: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?

Artikel Berkaitan: Sengaja Ejek Warga Palestin Kerana Tiada Bekalan Air & Elektrik, Video Rakyat Israel Ini Dikecam Netizen

Artikel Berkaitan: Influencer Israel Permainkan Serangan Bom Di Palestin Sambil Buat Video Bermekap


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd