Now Reading
Sengaja Ejek Warga Palestin Kerana Tiada Bekalan Air & Elektrik, Video Rakyat Israel Ini Dikecam Netizen

Sengaja Ejek Warga Palestin Kerana Tiada Bekalan Air & Elektrik, Video Rakyat Israel Ini Dikecam Netizen

Wanita dari Israel itu dilihat menunjukkan bekalan air minuman dan wayar sambungan (extension) seolah-olah mahu mengejek rakyat Palestin yang tidak mempunyai bekalan air serta elektrik.

rakyat israel ejek palestin tak ada air elektrik (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas serangan balas yang dilakukan oleh tentera Israel sejak 7 Oktober lalu sehingga ke hari ini, Gaza terus dibedil dengan roket dan bom tanpa henti pada waktu siang dan malam.

Malah, penindasan yang dilakukan tanpa berperikemanusiaan oleh rejim Zionis itu telah melumpuhkan sistem kesihatan di hospital sekitar Palestin kerana ketiadaan bekalan elektrik.

Selain itu, rakyat Palestin juga terbeban apabila mereka terputus bekalan air dan juga Internet.


Rakyat Israel Buat Video Ejek Penduduk Palestin Yang Tiada Bekalan Air, Elektrik Dan Internet

Namun begitu, kesengsaraan yang dilalui oleh penduduk Palestin itu telah dipermainkan oleh seorang rakyat Israel menerusi satu video yang dikongsikan semula di laman X (Twitter @jacksonhinklle).

Dalam video tersebut, wanita dari Israel itu dilihat seolah-olah mengejek rakyat Palestin yang sudah tidak mempunyai akses kepada bekalan air, elektrik serta Internet.

Dia sengaja menunjukkan bekalan air minuman dan untuk kegunaan mandian di dalam tandas.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga sengaja menayang kabel elektrik (extension) dan menutup serta membuka lampu berkali-kali.

Malah, dia juga dilihat menari-nari sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang mempunyai talian Internet.


Netizen Bengang Lihat Perbuatan Wanita Itu Yang Mahu Mengejek Kesengsaraan Penduduk Palestin

Video yang dikongsikan semula itu mendapat perhatian ramai netizen di laman X (Twitter) dan rata-ratanya mengecam perbuatan wanita Israel tersebut kerana mempermainkan kesengsaraan masyarakat Palestin.

Ada juga netizen yang berharap agar perkara sama berlaku kepadanya sebagai balasan kerana mengejek keperitan hidup orang lain.

Pada masa yang sama, netizen turut memerli wanita Israel itu supaya memanfaatkan bekalan elektrik yang ada untuk bersenam di atas treadmill selepas melihat saiz tubuh badannya.

Sumber: X (Twitter)

Seorang Lagi Rakyat Israel Yang Menggunakan Kesengsaraan Rakyat Palestin Sebagai Konten Media Sosial

Terdahulu, seorang influencer dari Israel telah memuat naik video mempermainkan situasi serangan bom yang berlaku di Palestin.

Wanita bertudung itu cuba menunjukkan tutorial memakai mekap sambil berlakon seolah-olah tempat tinggalnya sedang dibom.

Bukan itu sahaja, dia juga berpura-pura meniup ‘debu’ pada alat mekap kononnya ia kesan impak dari serpihan bangunan yang telah dibom.

Sumber: TikTok @noya.cohen_

Dalam video ‘Get Ready With Me’ itu juga, wanita tersebut mengajuk bahawa dia tidak perlu membawa pengecas telefon kerana tidak mempunyai elektrik serta mencampak kunci keretanya dengan mendakwa keretanya sudah tiada kerana dibom.

Di akhir video, influencer itu juga berlakon seperti rumahnya diserang apabila kedengaran bunyi bom yang agak kuat.

Video asal di laman TikTok walau bagaimanapun telah dipadam oleh influencer itu.

Artikel Berkaitan: Influencer Israel Permainkan Serangan Bom Di Palestin Sambil Buat Video Bermekap


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd