Now Reading
[Video] Aksi Geng Basikal Kayuh Di Tengah Lebuh Raya Undang Kecaman

[Video] Aksi Geng Basikal Kayuh Di Tengah Lebuh Raya Undang Kecaman

Kelihatan sekumpulan penunggang basikal sedang berkayuh di lorong tengah lebuh raya sekitar susur masuk Alamanda, Putrajaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui lebuh raya sentiasa sibuk tidak kira pada hari bekerja atau waktu hujung minggu khususnya ketika waktu puncak.

Bukan sahaja dipenuhi dengan pemandu kereta atau penunggang motosikal, malah dalam sesetengah kes ada juga ‘geng basikal’ yang mengayuh di kawasan itu sehingga terbabit dengan kemalangan.

Seperti sebelum ini, dua penunggang basikal telah dilanggar oleh seorang pemandu e-hailing sehingga mengakibatkan basikal mereka mengalami kerosakan.


Geng Berbasikal Kayuh Di Tengah Lebuh Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@utusantvofficial), menyaksikan satu situasi berbahaya yang berlaku di sebuh lebuh raya.

Menerusi sebuah klip dashcam kereta, kelihatan beberapa penunggang basikal sedang mengayuh di tengah-tengah lebuh raya sekitar susur masuk Alamanda, Putrajaya.

Seperti lebuh raya yang lain, kawasan itu juga kelihatan sibuk dengan kenderaan yang banyak. Situasi tersebut telah mengundang perhatian orang ramai kerana kebiasaannya, geng basikal ini akan mengayuh di kawasan taman rekreasi tetapi lain pula kali ini.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Aksi Penunggang Basikal Di Lebuh Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam pengguna jalan raya yang tidak berhemah selain memerli kelakuan mereka.

“Golongan ‘bijak pandai’ memang macam itu,” ujar seorang wanita.

Malah ada yang berkata aksi tersebut amat berbahaya dan boleh mengancam nyawa seseorang.

“Bahayanya, risiko kena sondol (oleh kenderaan),” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu ada juga netizen yang memberi peringatan kepada orang ramai bahawa aktiviti berbasikal di atas lebuh raya dilarang sama sekali.

“Pernah terbaca tentang undang-undang JPJ berkenaan basikal. Antaranya dilarang menunggang di lebuh raya. Harap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kuat kuasakan apa yang dah tertulis itu,” kata seorang lelaki.

Pun begitu, ada yang berkata mereka berbasikal di lorong tengah disebabkan mahu mengelak susur keluar di sebelah kiri.

“Mereka nak nak elak susur keluar sebelah kiri. Sebab itu ambil (lorong) tengah. Tak salah rasanya. Cuma yang salah mereka kayuh basikal di lebuh raya,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@utusantvofficial)

Berbasikal Atas Lebuh Raya Boleh Didenda RM1,000

Memetik Berita Harian, aktiviti berbasikal atas lebuh raya adalah dilarang sama sekali dan individu yang melanggar undang-undang tersebut boleh didenda RM1,000 maksimum atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini memaklumkan ia hukuman tersebut adalah berdasarkan Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia, namun anda dinasihatkan supaya mematuhi larangan berbasikal di lebuh raya,” kata PDRM.

Baca Artikel Berkaitan: Geng Basikal Dikecam Selepas Dilihat Berani Tunggang Tepi Lori. Bahaya!

Baca Artikel Berkaitan: Tular ‘Cyclist’ Bawa Basikal Naik MRT, Boleh Atau Tidak Sebenarnya?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd