Now Reading
Geng Basikal Dikecam Selepas Dilihat Berani Tunggang Tepi Lori. Bahaya!

Geng Basikal Dikecam Selepas Dilihat Berani Tunggang Tepi Lori. Bahaya!

Lebih merisaukan lagi, aktiviti itu dilakukan ketika jalan sesak dengan kenderaan lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berbasikal sememangnya salah satu aktiviti riadah yang menjadi kegemaran ramai.

Ada yang suka berbasikal pada waktu pagi, ada juga yang suka berbasikal pada waktu malam.

Lebih sejuk katanya.

Tak kisahlah anda nak berbasikal pada waktu bila sekalipun, yang penting tidak mengganggu orang lain.

Berbasikal sebelah lori di tengah jalan

Tetapi, lain pula kejadian yang tular baru-baru ini apabila ada sekumpulan individu dilihat melakukan aksi yang membahayakan di mana mereka berbasikal di tengah-tengah jalan.

Seorang pengguna Twitter @Radevengers pagi tadi memuat naik satu rakaman video beberapa penunggang basikal yang dilihat mengekori rapat sebuah lori.

Lebih merisaukan lagi, aktiviti itu dilakukan ketika jalan sesak dengan kenderaan lain yang ingin menuju ke tempat kerja masing-masing.

Namun begitu, lokasi kejadian masih tidak dapat dikenal pasti sehingga kini.

Perkongsian video itu mendapat 107,300 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Ramai netizen kecam

Rata-rata warganet membalas tweet tersebut dengan pelbagai reaksi.

Boleh dikatakan kebanyakkan mengecam tiga individu yang berbasikal itu kerana boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Kredit: Twitter @Radevengers
Kredit: Twitter @Radevengers

Penunggang basikal di jalan raya juga pernah mengalami kemalangan apabila digilis dengan lori.

Memang mengerikan.

Baru kelmarin keluar berita penunggang basikal kena gilis dengan lori, tak faham kenapa tak serik masih nak berbasikal tengah jalan.

Kenyataan netizen.

Penunggang motor di jalan raya sendiri pun tak berani nak bawa sebelah lori sebab risau dengan keselamatan diri.

Aku yang bawa motor pun takut nak bersaing dengan lori, kalau kena langgar memang tak dapat apa-apa.

Kenyataan netizen.

Bukannya tak boleh berbasikal, tapi biarlah kena dengan tempat.


Pesanan ringkas untuk mereka yang berbasikal, harap selepas ini boleh membezakan tempat untuk menunggang basikal dan menunggang motorsikal.

Mungkin bunyi lebih kurang sama tetapi harapnya anda dapat pilih tempat yang lebih selamat seperti di taman atau kawasan perumahan.

Bukan apa, perkara ini penting demi menjaga keselamatan diri dan orang lain


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd