Now Reading
Tular ‘Cyclist’ Bawa Basikal Naik MRT, Boleh Atau Tidak Sebenarnya?

Tular ‘Cyclist’ Bawa Basikal Naik MRT, Boleh Atau Tidak Sebenarnya?

Sekumpulan penunggang basikal itu juga dilihat telah duduk di ruangan koc khas MRT yang disediakan untuk golongan wanita sahaja.

boleh ke bawa basikal dalam mrt (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi mereka yang biasa menggunakan perkhidmatan rel seperti LRT, MRT, KTM dan sebagainya, pasti anda sudah sebati dengan pelbagai ragam oleh pengguna lain kan?

Macam-macam perangai yang wujud dalam kalangan pengguna perkhidmatan awam ini seperti meletakkan beg di tempat duduk kosong dan membuka kasut sambil membiarkan kaki berstokin sahaja.

Sikap sedemikian membuatkan sesetengah masyarakat bengang kerana mereka seolah-olah dikatakan tidak mempunyai sifat ‘common sense’.

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Nak Duduk Kot” – Wanita Dikecam Gara-gara Letak Beg Atas Kerusi LRT Tanpa Hiraukan Pengguna Lain [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jijik! Pengguna LRT Makan Dalam Tren, Siap Buka Kasut & Kaki Berstokin

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Selamba Je Masuk” – Pengguna Kesal Ada Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita MRT


‘Cyclist’ Bawa Naik Basikal Dalam Gerabak MRT

Isu tentang pengguna pengangkutan rel kembali menjadi topik hangat dalam kalangan netizen selepas satu gambar dimuat naik di laman X (Twitter @pedoqpop) yang menunjukkan sekumpulan lelaki membawa masuk basikal di dalam gerabak MRT.

Dalam gambar berkenaan, kelihatan basikal-basikal tersebut telah menghalang laluan untuk para pengguna lain bergerak dari satu gerabak ke gerabak yang lain.

Lebih membengangkan lagi apabila mereka dengan selamba duduk di koc khas yang disediakan untuk golongan wanita sahaja.


Aksi ‘Cyclist’ Bawa Basikal Dalam MRT Cetus Perdebatan

Rata-rata netizen dilihat mengecam tindakan sekumpulan penunggang basikal itu yang membawa pengangkutan tersebut ke dalam gerabak MRT.

Ada netizen yang bimbang jika keberadaan mereka boleh mendatangkan bau kurang senang oleh kerana peluh yang banyak selepas berbasikal.

Namun, segelintir netizen pula bengang kerana mereka tidak mematuhi peraturan yang menetapkan bahawa koc khas yang ditampal dengan pelekat berwarna merah jambu itu hanya untuk golongan wanita sahaja.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen berkata tindakan ‘cyclist’ membawa basikal ke dalam pengangkutan awam adalah normal di seluruh negara.

Seorang netizen juga memberitahu bahawa sebahagian laluan untuk berbasikal agak bahaya dan memerlukan mereka untuk menaiki pengangkutan awam.

“Macam saya kayuh dari Bentong-Gombak. Nak balik Kepong kena lalu MRR2. Bahaya jalan tu. So angkut basikal naik train,” kata netizen.

Sumber: X (Twitter @pedoqpop)

Boleh Ke Bawa Basikal Dalam MRT?

Perkongsian gambar sekumpulan penunggang basikal itu mungkin telah menimbulkan pertanyaaan dalam kalangan masyarakat, boleh ke tidak sebenarnya bawa basikal dalam MRT?

Jawapannya, boleh. Tapi ada syaratnya.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman X (Twitter @MRTMalaysia), pengguna dibenarkan untuk membawa basikal yang boleh dilipat dan juga tidak boleh dilipat ke dalam MRT mengikut tempoh waktu ditetapkan seperti berikut:

  • Isnin sehingga Jumaat
    • 10:00 pagi sehingga 3:00 petang
    • 8:00 malam sehingga 12:00 tengah malam
    • Hanya basikal atau skuter yang boleh dilipat sahaja dibenarkan
  • Sabtu, Ahad dan cuti umum
    • 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam
    • Basikal atau skuter yang boleh dilipat dan tidak boleh dilipat adalah dibenarkan.
Sumber: Soya Cincau

Panduan Untuk Bawa Masuk Basikal Ke Dalam Tren

MyRapid KL juga telah mengeluarkan beberapa panduan kepada mereka yang mahu membawa masuk basikal ke dalam tren. Panduan tersebut adalah:

  • Pastikan basikal berada dalam keadaan bersih.
  • Hanya satu basikal sahaja dibenarkan untuk dibawa oleh seorang pengguna.
  • Dilarang menunggang basikal di dalam stesen tren.
  • Basikal perlu diletakkan di ruangan khas kerusi roda.
  • Penunggang basikal berumur 12 tahun ke bawah perlu ditemani oleh individu dewasa di dalam tren.

Walau bagaimanapun, kebenaran untuk membawa basikal tidak boleh dilipat ke dalam tren adalah tidak dibenarkan jika anda ingin menaiki Monorail dan juga BRT.

Tetapi jika basikal tersebut boleh dilipat, ia dibenarkan untuk dibawa ke dalam semua jenis perkhidmatan rel.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd