[Video] Jijik! Pengguna LRT Makan Dalam Tren, Siap Buka Kasut & Kaki Berstokin
Pengguna LRT itu juga telah mengambil tiga tempat duduk untuk meletakkan beg dan makanannya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Perkara paling basic yang semua orang perlu tahu adalah orang ramai tidak dibenarkan untuk makan dan minum bagi menjaga kebersihan semasa menggunakan pengangkutan awam.
Kebiasaannya akan ada pelekat yang memberi peringatan kepada pengguna di bahagian cermin.
Namun, ada juga sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan enggan mengikut peraturan ini.
Pengguna LRT Selamba Makan Dalam LRT & Buka Kasut
Baru-baru ini, seorang pengguna LRT berjaya merakam aksi lelaki yang dilihat melanggar beberapa peraturan di dalam pengangkutan awam seperti makan dan minum.
Dalam video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok (@teachercalvintan), lelaki berkenaan yang memakai baju kemeja berwarna putih telah mengambil ruang sehingga tiga tempat duduk di dalam LRT.
Sampai tiga tempat duduk ya untuk dia seorang hanya kerana mahu meletakkan beg serta bekas makanannya.
Bukan itu sahaja, lelaki itu juga dengan selambanya makan dan membuang sampah di bawah tempat duduk.
Lebih menjijikkan lagi, dia membuka kasutnya dan membiarkan kaki berstokin sambil bermain telefon. Siap boleh goyangkan kaki lagi tu!
Video tersebut telah menarik perhatian ramai sehingga meraih 26,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Pun Geli Tengok Keadaan Lelaki Itu Yang Makan Sambil Buka Kasut
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik melihat keadaan pengguna LRT di laluan Kelana Jaya itu yang dianggap pengotor.
Dalam pada itu, netizen juga berharap orang ramai yang berada di kawasan sekitar dapat menegur lelaki terbabit secara berdepan.
Malah, ramai yang menyebut (tag) Rapid KL di ruangan komen supaya pihak tersebut dapat mengambil tindakan terhadap pengguna LRT ini.

Sebelum ini, kes hampir sama pernah berlaku di mana dua orang gadis dilihat memakan maggi cup ‘panas-panas’ di dalam tren LRT.
Mereka turut melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka yang masih diwajibkan di dalam pada ketika itu.
Artikel Berkaitan: RapidKL Tegur 2 Gadis Makan Maggi Cup Dalam Tren. Mask Pun Tak Pakai!
Artikel Berkaitan: [Video] Rapid KL ‘Tegur’ Wanita Selamba Basuh Tangan Dalam MRT
Artikel Berkaitan: [Video] “Selamba Je Masuk” – Pengguna Kesal Ada Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita MRT
Sumber: TikTok (@teachercalvintan)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.