[Video] Rapid KL ‘Tegur’ Wanita Selamba Basuh Tangan Dalam MRT
Tak pernah pula dengar Rapid KL ada naik taraf tren sebagai tempat basuh tangan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan bas yang dikendalikan oleh Rapid KL digunakan oleh orang ramai setiap hari untuk ke tempat kerja serta destinasi tertentu.
Sebagai pengguna, kita mestilah bertanggungjawab menjaga kebersihan di kawasan tersebut demi menjaga keselesaan orang lain.
Sebagai contoh, tidak membuang sampah atau makan di dalam tren kerana risau jika berlaku tumpahan dan sebagainya.
Namun, lain pula ceritanya yang melibatkan seorang wanita ini ketika sedang berada di dalam sebuah MRT.
Selamba basuh tangan pakai air sehingga lantai basah
Baru-baru ini, pihak Rapid KL memuat naik satu video di Twitter menunjukkan kelakuan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh seorang wanita.
Dalam video tersebut, wanita yang tidak memakai pelitup muka itu dengan selamba membasuh tangannya di bawah tempat duduk tren berkenaan.
Dia dilihat menuang air botol tersebut sehingga menyebabkan lantai berdekatan menjadi basah.
Rapid KL tak pernah ‘upgrade’ tren ada tempat basuh tangan
Berdasarkan video itu, pihak Rapid KL memaklumkan bahawa tren yang dikendalikan oleh mereka tidak pernah dinaik taraf sebagai tempat membasuh tangan.
Pihak Rapid KL turut berharap agar aksi tersebut tidak ditiru oleh sesiapa pada masa akan datang.
Kami tidak pernah upgrade tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan. Harapan kami, jangan tiru aksi/perbuatan ini dan semoga semua penumpang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menaiki tren. pic.twitter.com/3aPGzTptJP
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) December 1, 2021
Mereka juga sempat memberi nasihat kepada orang ramai untuk memakai pelitup muka dengan betul ketika menaiki pengangkutan awam.

Bukan sekali, tapi banyak kali juga buat hal rupanya
Rata-rata netizen mengecam perbuatan wanita tersebut yang dilihat tidak bertanggungjawab.


Rupa-rupanya, pengguna lain juga pernah beberapa terserempak dengan wanita ini. Katanya dulu pun ada buat hal juga.

orang yang sama ke ni? 👀🧐 pic.twitter.com/QJcR0STTW7
— j (@afxq_8) December 2, 2021
Bila sudah wujudnya kes seperti ini, ada netizen yang mencadangkan supaya penguat kuasa Rapid KL segera mengambil tindakan kepada wanita tersebut sebelum apa-apa kecederaan berlaku kepada pengguna lain.

Tak kisahlah di mana-mana pun, keadaan lantai yang basah memang cukup membahayakan. Risau ada yang tergelincir dan tercedera nanti.
Anda kalau nampak ada orang buat kesalahan di tempat awam, jangan segan untuk tegur mereka. Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.