RapidKL Tegur 2 Gadis Makan Maggi Cup Dalam Tren. Mask Pun Tak Pakai!
Isu makan dan minum di dalam tren ini sebenarnya tak perlu diulaskan lagi. Sudah terang-terangan ada sign di situ, ikut sajalah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
“Rule Of Thumb” paling basic pada ketika ini adalah makan dan minum dalam tren adalah TIDAK DIBENARKAN. Dan satu lagi adalah pemakaian pelitup muka (facemask) ketika berada di kawasan tertutup, adalah perlu.
Walau bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab enggan mengikut peraturan simple ini. Tak susah pun, nak makan tunggulah sehingga sampai ke destinasi. Nak buka pelitup muka pun tunggulah sehingga berada di kawasan terbuka.

RapidKL ‘Tegur’ Gadis Makan Maggi Cup
Pihak RapidKL hari ini (19 Julai) telah memuat naik satu hantaran menerusi Facebook bertujuan untuk ‘menegur’ dua gadis yang dilihat sedang menikmati maggi hot cup.
Ya, makan maggi panas-panas dalam tren.
Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren. #tegursebabsayang
Hantaran RapidKL menerusi Facebook.
Menurut gambar yang dimuat naik, mereka berdua telah melakukan dua kesalahan iaitu makan dalam tren dan juga membuka pelitup muka di kawasan tertutup.
Aduhai adik-adik!
Pengguna Media Sosial Beri Komen
Perkara ini juga membuatkan segelintir pengguna di media sosial berasa kurang selesa dan marah terhadap tindakan kedua-dua individu berkenaan. Mereka juga turut meninggalkan komen dan ada juga yang menggesa supaya pihak RapidKL menegur dan mengambil tindakan sewajarnya.


Bak kata pihak RapidKL, tegur sebab sayang.
Sebelum ini, pada 9 Oktober 2021, RapidKL menerusi satu ciapan di Twitter pernah memuat naik tentang isu yang sama iaitu makan di dalam tren dan tidak memakai pelitup muka.
Makan apa tu? Bukan sahaja makan, malah membuka pelitup muka ketika berada di dalam tren juga tidak dibenarkan sama sekali demi keselamatan semua penumpang.
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) October 9, 2021
Penumpang tersebut telah diberikan teguran oleh petugas kami setelah mendapat maklumbalas daripada penumpang yang lain. pic.twitter.com/QeQ2sOHq09
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.