[Video] “Selamba Je Masuk” – Pengguna Kesal Ada Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita MRT
Beberapa pengguna lelaki dilihat selamba duduk di dalam MRT koc wanita walaupun jelas terpampang pelekat berwarna merah jambu yang ditampal.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 18 September lalu, pihak Rapid KL telah melaksanakan penggunaan koc gerabak yang dikhaskan untuk pengguna wanita sahaja di MRT Laluan Kajang.
Koc ini terletak di bahagian tengah setiap tren MRT Laluan Kajang dan dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu.
Inisiatif ini dilakukan bagi memberi kemudahan kepada para penumpang wanita agar perjalanan mereka lebih selesa dan selamat terutamanya semasa waktu puncak.
Artikel Berkaitan: Koc Wanita Diperkenalkan Di MRT Laluan Kajang, Dalam Fasa Pemasangan Pelekat & Pengujian
Artikel Berkaitan: Pengumuman RapidKL Tentang Koc Wanita MRT Laluan Kajang Sedang Diuji Undang Pelbagai Reaksi
Pengguna Lelaki Dpercayai Sengaja Berada Di Dalam Koc MRT Yang Dikhaskan Untuk Wanita
Walaupun sudah ada pelekat yang menandakan kawasan koc wanita di MRT, tetapi katanya sudah ada pengguna lelaki yang tidak mengikut peraturan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@shueeewenn), beberapa lelaki dilihat selamba duduk di dalam koc wanita berkenaan sambil bermain telefon.
Keadaan gerabak MRT ketika itu kelihatan tidak sesak dengan pengguna selain jelas terpampang pelekat berwarna merah jambu yang ditampal di dalm tren tersebut.
Polis Bantuan Masuk Dalam MRT Untuk Pemantauan
Dalam video lain yang dimuat naik, wanita ini menunjukkan situasi yang berlaku semalam (20 September) ketika sebelum dan selepas kehadiran polis bantuan.
Keadaan pada jam 9:53 pagi menunjukkan koc wanita di dalam MRT telah bercampur dengan pengguna lelaki yang lain.
Selang lapan minit kemudian, polis bantuan memasuki gerabak wanita itu dan dipercayai telah menegur mereka yang tidak sepatutnya berada dalam koc tersebut.
Polis bantuan berkenaan juga telah berdiri di garisan yang memisahkan antara koc biasa dan kos wanita bagi memantau pergerakan pengguna yang lain.
Netizen Kurang Senang Dengan Sikap Sesetengah Pengguna Lelaki Yang Sengaja Menggunakan Koc Wanita
Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pandangan dari netizen yang kesal dengan sikap sesetengah pengguna lelaki yang berdegil untuk tidak mengikut peraturan ditetapkan.
Netizen berpendapat bahawa mana-mana pengguna perlu menegur mereka jika dilihat sengaja berada di dalam koc wanita.
Pada masa yang sama, ada netizen yang berkongsi pengalaman mereka memerli penumpang lelaki selepas mereka memasuki koc wanita berkenaan.

Walaupun koc wanita tersebut ada banyak kerusi kosong atau koc lain sudah sesak dengan orang ramai, itu tidak bermakna penumpang lelaki boleh mengambil peluang untuk berada di dalam koc wanita.
Peraturan tetap peraturan, kecuali jika berlaku kecemasan.
Sumber: TikTok @shueeewenn | RapidKL
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.