Now Reading
[Video] Baru Turun Dari Tren Terakhir, Wanita Ini Terkejut Pintu Keluar Stesen MRT Bukit Bintang Sudah Tutup

[Video] Baru Turun Dari Tren Terakhir, Wanita Ini Terkejut Pintu Keluar Stesen MRT Bukit Bintang Sudah Tutup

Wanita ini juga menunjukkan kawasan sekitarnya di dalam Stesen MRT Bukit Bintang yang sudah kosong tanpa sesiapa termasuklah pekerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi warga kota, pengangkutan awam adalah salah satu pengangkutan penting bagi penggunaan harian terutamanya untuk ke pejabat.

Dengan adanya pengangkutan seperti LRT, MRT, BRT, KTM dan Monorel, mereka yang tinggal di kawasan yang jauh seperti Putrajaya serta Cyberjaya juga boleh bergerak ke sekitar Kuala Lumpur dengan lebih mudah.

Cumanya mereka perlu menukar tren di stesen tertentu seperti di stesen Pasar Seni, Ampang Park, KL Sentral dan sebagainya.


Pengguna MRT Terperangkap, Katanya Pintu Keluar Stesen MRT Sudah Ditutup

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@mickaelaelaine), wanita ini menceritakan pengalamannya yang agak mencemaskan ketika dalam perjalanan untuk pulang menggunakan pengangkutan MRT.

Ketika menaiki perkhidmatan tren MRT terakhir sekitar jam 12:00 tengah malam, penumpang berkenaan dipercayai turun di destinasinya iaitu di Stesen MRT Bukit Bintang.

Namun apa yang mengejutkan wanita ini adalah apabila mendapati dia ‘terperangkap’ di dalam stesen berkenaan kerana mendakwa semua pintu keluar sudah ditutup.

Dalam video berkenaan, kelihatan Pintu E di MRT berkenaan yang membolehkan pengguna keluar di Jalan Bukit Bintang telah ditutup.

Malah, wanita ini juga menunjukkan kawasan sekitarnya di dalam stesen berkenaan yang sudah kosong tanpa sesiapa termasuklah pekerja.

https://www.tiktok.com/@mickaelaelaine/video/7346273018118802694

Jadi Macam Mana Wanita Ini Keluar Dari Stesen MRT Tersebut?

Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana wanita ini keluar dari stesen tersebut kan?

Di ruangan komen video berkenaan, wanita itu menceritakan bagaimana dia akhirnya dapat keluar dari stesen tersebut selepas menjerit beberapa kali sebelum seseorang muncul dan memberitahu bahawa dia boleh menggunakan lif untuk keluar dari stesen.

Sumber: TikTok

Netizen Luah Rasa Takut Jika Perkara Sama Berlaku Kepada Mereka

Rata-rata netizen selepas menonton video itu meluahkan rasa takut dan bimbang jika perkara sama berlaku kepada mereka semasa menaiki perkhidmtan tren terakhir.

Seorang netizen turut mengatakan dia pernah berdepan masalah sama dan lebih panik lagi apabila bateri telefonnya sudah tiada.

Dalam pada itu, ada sesetengah netizen yang prihatin dengan nasib wanita berkenaan dan bertanya sama ada dia berada dalam keadaan okey atau tidak.

Netizen turut berkongsi tips jika berdepan situasi seperti yang berlaku iaitu dengan menggunakan pintu keluar kecemasan (fire exit).

Sumber: TikTok

Waktu Operasi Bagi Perkhidmatan MRT

Sebagai info, perkhidmatan terakhir bagi MRT di Stesen Bukit Bintang adalah seperti berikut:

  • Tren terakhir menuju ke Kajang: 12:10 pagi.
  • Tren terakhir menuju Kwasa Damansara: 12:03 pagi.
  • Stesen ditutup: 12:00 pagi.

Jika anda mahu semak waktu operasi bagi perkhidmatan MRT di stesen lain, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd