Influencer Israel Permainkan Serangan Bom Di Palestin Sambil Buat Video Bermekap
Influencer Israel itu juga berpura-pura meniup ‘debu’ pada alat mekap yang terhasil daripada serpihan bangunan yang telah dibom.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pengeboman tidak berperikemanusiaan pihak Israel terhadap rakyat Palestin ketika ini sudah meragut nyawa lebih 4,651 orang mangsa terutamanya kanak-kanak dan wanita.
Sebelum ini juga tentera rejim Zionis telah mengebom sebuah hospital di Gaza yang menempatkan ramai pesakit serta menjadi tempat perlindungan rakyat Palestin.
Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban
Meskipun sudah jelas kekejaman tindakan tentera Israel, namun ada juga sesetengah pihak yang masih berpihak kepada mereka.
Influencer Israel Permainkan Situasi Palestin Di Bom Sambil Rakam Video Tutorial Mekap
Kebencian masyarakat dunia terhadap Israel semakin bertambah apabila seorang influencer dari Israel memuat naik video mempermainkan situasi serangan bom yang berlaku di Palestin.
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh pengguna X (Twitter @adliehassan), seorang wanita bertudung cuba menunjukkan tutorial memakai mekap sambil berlakon seolah-olah tempat tinggalnya sedang dibom.
Bukan itu sahaja, dia juga berpura-pura meniup ‘debu’ pada alat mekap seolah-olah ia kesan impak dari serpihan bangunan yang telah dibom.
Dalam video ‘Get Ready With Me’ itu juga, wanita tersebut mengajuk bahawa dia tidak perlu membawa pengecas telefon kerana tidak mempunyai elektrik serta mencampak kunci keretanya dengan mendakwa keretanya sudah tiada kerana dibom.
Di akhir video, influencer itu juga berlakon seperti rumahnya dibom apabila kedengaran bunyi yang agak kuat.
Video asal di laman TikTok walau bagaimanapun telah dipadam oleh influencer itu.
You have to be another level of EVIL to do this 👺
— adlie (@adliehassan) October 21, 2023
Korang tengok dan judge sendiri
Dia jadikkan sufferings Palestinians as content tutorial makeup dia. Ala-ala GRWM tapi sambil kena bom ha macam tu
Siap ada aksi bunyi bom ✅
Berdebu-debu sana sini ✅
Just so kau boleh mock… pic.twitter.com/AbjgoVK8Rn
Netizen Bengang Dengan Sikap Influencer Itu Yang Tidak Bersimpati Terhadap Nasib Rakyat Palestin
Video berkenaan membuatkan ramai netizen bengang dan mengecam sikap influencer itu yang mempermainkan kesengsaraan dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.
Sesetengah netizen juga mengambil keputusan untuk membuat laporan tentang akaun tersebut kepada pihak TikTok kerana mahu menyekatnya dari membuat sebarang konten media sosial.

Artikel Berkaitan: [Video] Wartawan Romania Meniarap Dakwa Israel Diserang Roket, Tapi Rakyat Santai Berbasikal
Artikel Berkaitan: Warga Malaysia Kongsi Keadaan Di Palestin, Siap Tunjuk Kawasan Yang Baru Lepas Dibom [Video]
Artikel Berkaitan: “Kita Tentang Kezaliman” – Tindakan Uncle Ini Sertai Himpunan Solidariti Palestin Dipuji Orang Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.