“Kita Tentang Kezaliman” – Tindakan Uncle Ini Sertai Himpunan Solidariti Palestin Dipuji Orang Ramai
Menurut lelaki itu, itu adalah salah satu tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia untuk menegakkan kebenaran tentang pejuang Palestin.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum tentang keganasan oleh Rejim Zionis terhadap warga Palestin yang berlaku pada ketika ini.
Susulan itu, orang ramai dari serata dunia telah memberi sokongan kepada rakyat yang terkesan di Gaza melalui perhimpunan solidariti Palestin.
Seperti semalam (22 Oktober), ribuan warga Malaysia daripada pelbagai bangsa telah turun padang untuk sama-sama berhimpun di Dataran Merdeka bagi menunjukkan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin.
Pakcik Berbangsa India Turut Serta Himpunan Solidariti Palestin Di Dataran Merdeka
Apa yang menjadi perhatian adalah penularan satu klip video di laman TikTok (@aiisyahazis) menyaksikan seorang pakcik berbangsa India telah turut sama hadir dalam perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ itu.
Menurut lelaki itu, ia merupakan salah satu tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia untuk menyokong perjuangan penduduk Palestin.
Dia dalam masa sama menyeru orang ramai untuk tidak berhenti memboikot negara yang memberi sokongan terhadap pihak musuh.
“Boikot dan tentang negara yang sokong Israel iaitu Amerika Syarikat, Britain dan India juga.
“Saya memang (bangsa) India, tapi salah tetap salah kerana ia menyokong kezaliman,” ujarnya.
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia yang mempunyai semangat kuat mampu melawan kekejaman Zionis Israel sekiranya sokongan tidak putus-putus diberikan kepada warga Palestin.
“We are Malaysian, kita lebih powerful. Jangan berhenti sampai Palestin free,” jelasnya lagi dengan penuh bersemangat.

Netizen Puji Sikap Pakcik Yang Menyokong Palestin Tidak Kira Bangsa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah memuji sikap murni serta semangat ditunjukkan oleh lelaki tersebut dalam memberi sokongan kepada pejuang Palestin yang sedang bertarung nyawa di tanah air mereka.
Menurut seorang pengguna TikTok, pakcik itu telah menunjukkan semangat yang hebat kepada warga Palestin walaupun lelaki tersebut bukan beragama Islam.
Ada juga yang berasa sebak apabila pakcik tersebut berulang kali menyebut “Tak perlu thank you.”
Bukan itu sahaja, seorang individu berkata dia pernah terserempak dengan pakcik tersebut pada hari Jumaat lalu (20 Oktober) di cawangan Tabung Haji sambil mengedarkan sepanduk Palestin kepada orang ramai.
Dalam masa sama, netizen juga menjelaskan bahawa konflik antara Palestin dan Israel ini adalah berkaitan dengan isu kemanusiaan dan bukannya agama.

Baca Artikel Berkaitan: Digelar Zionis Oleh Penganjur, Pemegang Sepanduk ‘War Criminal’ Di Himpunan Solidariti Palestin Luah Rasa Kecewa
Baca Artikel Berkaitan: Premis Di Terengganu Didakwa Pacak Bendera Israel, Undang Kemarahan Orang Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Duta Malaysia Di Amerika Syarikat Bertegas Tidak Simpati Pada Israel
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram