Now Reading
Cermin Kereta Penah Dipecah, Pemandu Letak Notis Untuk Elak Kejadian Sama Berulang

Cermin Kereta Penah Dipecah, Pemandu Letak Notis Untuk Elak Kejadian Sama Berulang

Apa yang mencuri perhatian, pengendali laman Facebook dari Singapura itu meminta warga republik itu agar menggunakan cara sama jika datang ke Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai warga Singapura sering berkunjung ke Malaysia disebabkan oleh harga yang lebih murah dan jaraknya yang berhampiran.

Selain menaiki kapal terbang, mereka juga boleh berkunjung ke Malaysia dengan menaiki bas atau memandu kenderaan persendirian.

Terdahulu, pernah timbul isu di mana warga Malaysia terpaksa membayar hampir RM10,000 ketika mahu memasuki Singapura dengan memandu kenderaan persendirian pada Disember lalu.

Namun ketika mereka melalui imigresen untuk memasuki negara republik itu, pihak LTA memaklumkan mereka permit Permit Masuk Kenderaan (VEP) mereka mengalami masalah kerana didakwa mempunyai tunggakan RM9,429 (SGD 2,700).

Baca Artikel Berkaitan: RM10,000 ‘Lesap’ Dalam Masa 2 Jam Ketika Ingin Bawa Masuk Kereta Ke Singapura

Sumber: Instagram @the.timestamps

Pemandu Tampal Notis Minta Individu Tak Pecahkan Cermin Kereta

Walau bagaimanapun, ada juga yang ditimpa nasib malang kerana pernah berdepan dengan penjenayah sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda ketika berada di Malaysia.

Menerusi Facebook, sebuah laman (SG Kaypoh), telah berkongsi sekeping foto memperlihatkan seorang pemandu telah menampal notis di cermin kereta miliknya memberi pesanan kepada mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab agar tidak merosakkan keretanya.

Dalam notis tersebut, ia tertulis ‘minta tolong jangan pecahkan cermin kereta lagi’.

Dakwanya lagi, cermin kereta tersebut pernah dipecahkan sebelum ini dan menjelaskan bahawa tiada apa-apa barangan yang boleh dicuri dalam kenderan miliknya.

Menerusi ruangan kapsyen, pengendali laman berkenaan turut meninggal mesej ‘sinis’ meminta warga Singapura yang datang ke Malaysia untuk melakukan perkara sama.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Notis Itu Dipercayai Ditampal Di Kereta Warga Singapura

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas melihat hantaran tersebut namun rata-ratanya kurang bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikan.

Sesetengah netizen berpendapat warga Singapura perlu mengamalkan sikap yang sopan ketika berada di negara lain terutamanya dari segi kelajuan pemanduan.

“Boleh tapi masuk Malaysia kena hormat jangan pandu laju, jangan kurang ajar,” ujar netizen.

Ada juga netizen yang meminta agar warga Singapura kekal di negara mereka kerana dikatakan kurang senang dengan keberadaan di Malaysia.

“Kami lebih memilih anda untuk kekal di Singapura,” kata netizen.

Sumber: Facebook

Isu Melibatkan Pemandu Dari Singapura Ketika Di Malaysia

Sebelum ini, pernah timbul isu di mana penduduk Singapura dipercayai sering berkunjung ke stesen minyak di Malaysia.

Sesetengah netizen berpendapat pihak stesen minyak perlu lebih tegas dalam menangani isu berkenanaan bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Susulan itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor Mohd Hairul Anuar Bohro menyatakan bahawa seramai 200 orang anggota penguatkuasa akan akan mula memantau barang kawalan terutamanya petrol dan diesel.

Kejadian di atas dilaporkan berlaku di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru.

Walau bagaimanapun, mereka dibenarkan membeli diesel sekali dalam sehari yang dihadkan kepada 20 liter sahaja di mana-mana stesen minyak dalam jarak 25 kilometer (km) daripada pintu sempadan Malaysia-Singapura dan dibenarkan membeli petrol jenis RON97 tanpa had dengan syarat dimasukkan terus ke tangki kenderaan.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga didapati melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan, (AKB) 1961.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kereta Singapura Isi RON95 Di Malaysia, KPDNHEP Sedia Pantau Stesen Minyak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd