Now Reading
Tular Kereta Singapura Isi RON95 Di Malaysia, KPDNHEP Sedia Pantau Stesen Minyak

Tular Kereta Singapura Isi RON95 Di Malaysia, KPDNHEP Sedia Pantau Stesen Minyak

Walau bagaimanapun, kenderaan bernombor pendaftaran asing dibenarkan membeli petrol jenis RON97 tanpa had dengan syarat dimasukkan terus ke tangki kenderaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, bermula 1 April 2022, Malaysia dan Singapura telah mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media bersama Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Keputusan itu dibuat sejajar peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik.

Pembukaan sempadan Singapura – Malaysia ini tidak dinafikan telah melahirkan keterujaan buat orang ramai. Malah, ada juga rakyat Singapura yang mengambil peluang ini untuk bercuti di Malaysia.

Ini kalilah!

BACA SINI: Pembukaan Sempadan: Rakyat Singapura Ambil Peluang Bercuti Di Malaysia


Tular Kereta Dari Singapura Isi Minyak RON95 Di Malaysia.

Media sosial kini dibanjiri oleh gambar-gambar yang diambil oleh rakyat Malaysia di Johor Bahru memperlihatkan kereta bernombor pendaftaran Singapura mulai mengisi petrol di Malaysia.

Malah, ada yang sampai guna ‘jack’ untuk pastikan minyak penuh diisi!

Kejadian di atas dilaporkan berlaku di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru.


“Kaya Di Negara Orang, Miskin Di Negara Sendiri.”

Pengguna di media sosial turut dilihat membahas isu ini di mana golongan ini disifatkan hanya kaya di negara orang, namun miskin di negara sendiri sehingga terpaksa mengisi petrol di negara orang.

Kejadian ini sering dilihat berlaku sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Namun, apabila sempadan ditutup, mereka hanya boleh mengisi petrol di negara sendiri.

Ada juga netizen yang merasakan pihak stesen minyak seharusnya lebih tegas dalam menangani isu seperti ini.


Kenderaan Asing Tidak Dibenarkan Beli RON95.

KPDNHEP Akan Mulai Pantau Stesen Minyak.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor Mohd Hairul Anuar Bohro menyatakan seramai 200 orang anggota penguatkuasa akan memantau dan melaksanakan pemeriksaan agar tidak berlaku ketirisan melibatkan barang kawalan terutamanya petrol dan diesel.

Hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati tiada aktiviti seperti yang diadukan dan penjualan berlaku dalam tahap yang memuaskan. Kesemua stesen yang diperiksa diberi peringatan agar mematuhi undang-undang berkaitan Akta Kawalan Bekalan, (AKB) 1961 antaranya jika melibatkan kenderaan pendaftaran asing dilarang membeli petrol jenis RON95.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor Mohd Hairul Anuar Bohro.

Walau bagaimanapun, mereka dibenarkan membeli diesel sekali dalam sehari yang dihadkan kepada 20 liter sahaja di mana-mana stesen minyak dalam jarak 25 kilometer (km) daripada pintu sempadan Malaysia-Singapura dan dibenarkan membeli petrol jenis RON97 tanpa had dengan syarat dimasukkan terus ke tangki kenderaan.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga didapati melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan, (AKB) 1961.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd