Lawrence Wong Dilantik Sebagai Perdana Menteri Singapura
Lawrence Wong menjadi Perdana Menteri Singapura yang ke-4 sejak Hari Kemerdekaan di Singapura pada 9 Ogos 1965.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selepas tempoh 20 tahun, Singapura kini memiliki perdana menteri baharu iaitu Lawrence Wong, 51, bagi menggantikan Lee Hsien Loong yang telah berkhidmat selama dua dekad sejak tahun 2014.
Upacara angkat sumpah bagi penggantian perdana menteri itu telah berlangsung pada semalam (15 Mei) sekitar jam 8pm di Istana Singapura.
Pelantikan Lawrence itu adalah sebagai pemimpin keempat di negara republik berkenaan sejak sambutan Hari Kemerdekaan di Singapura pada 9 Ogos 1965.
This is my promise to all Singaporeans: I will serve you with all my heart, and always strive to make tomorrow better than today.
— Lawrence Wong (@LawrenceWongST) May 15, 2024
My mission is clear: to continue defying the odds and to sustain this miracle called Singapore! pic.twitter.com/xhihzBVd8z
Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Lawrence Wong
Berita pelantikan itu telah menerima banyak respon positif dari pemimpin antarabangsa yang turut memberi ucapan tahniah kepada beliau.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil peluang untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada Lawrence dengan ucapan bahawa Singapura akan semakin berkembang maju pada masa hadapan di bawah pimpinan beliau.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lawrence Wong atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Singapura. Di bawah kepimpinan yang berwibawa, kami yakin Singapura akan terus berkembang maju dan makmur.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Turut serta meraikan pelantikan Lawrence adalah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menerusi hantaran Facebook yang dimuat naik oleh beliau, Onn Hafiz menzahirkan harapan agar hubungan dua buah negara ini dapat membawa lebih banyak kejayaan.
Semoga hubungan erat dua hala akan diteruskan di bawah kepimpinan Singapura yang baru demi kesejahteraan bersama. Syabas dan selamat maju jaya buat rakyat Singapura. Semoga terus bertambah makmur dan sejahtera. Majulah Singapura! Maju Johor!
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Selain Malaysia, antara pemimpin dunia terawal yang memberikan ucapan tahniah kepada Lawrence Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menerusi ciapan dimuat naik di akaun X miliknya (@RishiSunak).
Selama beberapa dekad UK dan Singapura telah bekerjasama dalam perdagangan, keselamatan dan teknologi, yang diperjuangkan oleh Lee Hsien Loong. Saya tahu bahawa hubungan akan terus berkembang maju pada tahun-tahun akan datang melalui Perkongsian Strategik kami.
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak
Congratulations to @LawrenceWongST.
— Rishi Sunak (@RishiSunak) May 15, 2024
For decades the UK and Singapore have worked side by side on trade, security and technology, championed by @leehsienloong.
I know that relationship will continue to thrive in the years to come through our Strategic Partnership 🇬🇧🇸🇬
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dalam laman web rasmi Jabatan Negara AS juga turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Lawrence selepas diberikan jawatan penting berkenaan.
“Kami menantikan kerjasama dengan Perdana Menteri Wong untuk terus memperkuatkan perkongsian strategik AS-Singapura dan menegakkan norma dan piawaian antarabangsa di rantau Indo-Pasifik dan di seluruh dunia.
“Kami juga akan terus memperkukuhkan hubungan ekonomi, keselamatan, dan antara masyarakat yang kuat demi manfaat rakyat Amerika dan Singapura,” kata Anthony.
Profil Tentang Lawrence Wong
Memetik sumber dari laman web Jabatan Perdana Menteri Singapura, Lawrence mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang ekonomi dari Universiti Winconsin-Madisan serta Universiti Michigan-Ann Arbor.
Bukan sahaja memegang Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam ekonomi, beliau turut memegang Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Harvard Kennedy School.

Sebelum menceburi bidang politik, Lawrence berkhidmat sebagai penjawat awam dan pernah memegang jawatan sebagai Ahli Ekonomi, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga.
Selain bergelar Perdana Menteri, Lawrence juga merupakan Menteri Kewangan Singapura dan ahli Lembaga Kerajaan Perbadanan Pelaburan Singapura (GIC) serta mempengerusikan Jawatankuasa Strategi Pelaburan GIC.
Baca Artikel Berkaitan: Singapura Bakal Jadi Negara ‘Bebas Pasport’ Di Lapangan Terbang Changi Mulai 2024
Baca Artikel Berkaitan: Lapangan Terbang Changi Lancar Ciri Baru Dalam Aplikasi Untuk Mudahkan Pelancong Cari Bagasi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



