Now Reading
RM10,000 ‘Lesap’ Dalam Masa 2 Jam Ketika Ingin Bawa Masuk Kereta Ke Singapura

RM10,000 ‘Lesap’ Dalam Masa 2 Jam Ketika Ingin Bawa Masuk Kereta Ke Singapura

Masalah berkenaan dikatakan berlaku selepas sistem mereka dipercayai tidak merekod sebarang pergerakan keluar kereta itu dari Singapura sejak empat bulan lalu ketika kali terakhir mereka ke negara tersebut.

tunggakan RM10000 kereta masuk singapura

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain menaiki kapal terbang, rakyat Malaysia yang mahu ke Singapura juga boleh menggunakan laluan darat selepas adanya Tambak Johor sepanjang 1,056 meter yang menghubungkan kedua-dua negara.

Namun jika ada mahu memandu kereta masuk ke Singapura, terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan bagi membolehkan kenderaan anda melepasi kastam di sana.

Baca Artikel Berkaitan: Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura Dengan Bajet RM220 Je! Cukup Untuk Naik MRT, Bas & Makan

Baca Artikel Berkaitan: Singapura Bakal Jadi Negara ‘Bebas Pasport’ Di Lapangan Terbang Changi Mulai 2024

Berbicara tentang memasuki Singapura dengan memandu kereta, ada satu kisah duka yang tular di media sosial sehingga menyebabkan bayaran melibatkan jumlah lima angka.


Lelaki Ini Dedah Perlu Bayar RM10,000 Untuk Membolehkan Kereta Masuk Ke Singapura

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram (@the.timestamps), lelaki ini menceritakan pengalamannya yang perlu membayar hampir RM10,000 ketika mahu memasuki Singapura dengan memandu kenderaan persendirian.

Lelaki ini menjelaskan mereka yang mahu memandu kereta untuk masuk ke Singapura perlu mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang sah daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Dengan adanya pas tersebut, kereta seseorang akan dikenakan caj setiap hari sepanjang berada di Singapura.

Namun ketika mereka melalui imigresen untuk memasuki negara republik itu, pihak LTA memaklumkan mereka permit VEP mereka mengalami masalah kerana didakwa mempunyai tunggakan RM9,429 (SGD 2,700).

Sumber: Instagram @the.timestamps

Masalah berkenaan dikatakan berlaku selepas sistem mereka dipercayai tidak merekod sebarang pergerakan keluar kereta itu dari Singapura sejak empat bulan lalu ketika kali terakhir mereka ke negara tersebut.

Kami minta mereka untuk semak dengan imigresen untuk mengesahkan yang kami tidak berada di Singapura dalam tempoh tersebut. Tetapi mereka kata LTA dan imigresen adalah pengurusan yang menggunakan sistem data berlainan antara satu sama lain.

Rakyat Malaysia yang cuba memasuki Singapura menggunakan kereta.

Selepas berbincang selama dua jam dengan pegawai bertugas, mereka akhirnya diminta untuk membayar tunggakan tersebut atau boleh mengakibatkan kereta mereka ditahan.

Sumber: Instagram @the.timestamps

Lelaki ini juga mempersoalkan beberapa perkara selepas kejadian ini berlaku . Antaranya:

  • Bagaimana mereka boleh keluar masuk Singapura jika berlaku masalah dengan kad ‘autopass’ itu.
  • Hanya sesetengah pegawai pertugas sahaja yang akan meminta mereka untuk ‘scan’ kad permit ketika pemeriksaan di bahagaian imigresen.

Mereka juga telah menghubungi pihak LTA menerusi e-mel tetapi tiada sebarang respon diberikan.

Di akhir video, lelaki ini berharap agar video yang dikongsikannya itu dapat memberi peringatan kepada mereka yang mahu memasuki Singapura dengan kenderaan persendirian untuk ‘scan’ kad permit setiap kali keluar dan masuk negara tersebut.


Situasi Sama Pernah Berlaku Kepada Individu Lain

Ruangan komen video tersebut meraih pelbagai reaksi dari netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka melalui pengalaman hampir sama ketika mahu memasuki Singapura dengan kenderaan persendirian.

Sesetengah netizen mendakwa mereka juga terpaksa membayar tunggakan seperti yang dimaklumkan oleh pihak LTA meskipun telah menunjukkan bukti kukuh kepada pegawai bertugas.

Namun, ada juga netizen yang bernasib baik kerana tidak dikenakan sebarang bayaran dan petugas membenarkan kenderaan mereka memasuki Singapura selepas menunjukkan bukti serta mempunyai saksi.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Dalam pada itu, sebahagian netizen juga sempat memberikan peringatan kepada mereka yang melalui pihak imigresen ketika memandu kereta ke Singapura.

Difahamkan palang di imigresen akan terbuka walaupun kad permit anda diletakkan dalam keadaan yang salah atau mempunyai masalah.

Seeloknya tunggu sehingga mesin memaklumkan bahawa kenderaan anda sudah direkodkan atau segera ke pejabat LTA untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Sumber: Instagram

Seorang lagi netizen memberi panduan kepada mereka yang berhadapan dengan situasi sama seperti lelaki ini untuk membuat aduan kepada pihak LTA dan memberikan maklumat diri seperti kad pengenalan, pasport, kad premit autopass, kad kemasukan ke Singapura.

Sumber: Instagram

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd