Now Reading
Gelar Warga Singapura Seperti ‘Karen’, Kenyataan Pelawak Kelahiran Malaysia Ini Undang Kritikan

Gelar Warga Singapura Seperti ‘Karen’, Kenyataan Pelawak Kelahiran Malaysia Ini Undang Kritikan

Ronny Chieng menyifatkan rata-rata warga Singapura bersikap seperti ‘Karen’ dengan ‘main character syndrome’ dan merasakan mereka mempunyai jawapan kepada semua persoalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut negara Singapura, salah satu perkara pertama yang akan muncul dalam fikiran adalah kemajuan negara tersebut dan sering menjadi lokasi pilihan artis antarabangsa untuk membuat persembahan.

Selain itu, Singapura juga mempunyai Lapangan Terbang Changi yang kerap dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik di dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Singapore’s Changi Wins The “Oscars For Airports”

Walaupun memiliki banyak perkara yang membanggakan, tetapi masih ada sisi lain yang kurang digemari oleh sesetengah pihak tentang Singapura.


Pelawak Ronny Chieng Didakwa ‘Kritik’ Sikap Masyarakat Warga Singapura

Baru-baru ini, seorang pelawak kelahiran Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa iaitu Ronny Chieng telah memuat naik pendapatnya tentang Singapura di Instagram Story.

Dalam IG Story itu, Ronny menyifatkan rata-rata penduduk di pulau berkenaan bersikap seperti ‘Karen’ dengan ‘main character syndrome’ dan merasakan mereka mempunyai jawapan kepada semua persoalan.

Ia adalah satu kesilapan untuk mendengar dari mana-mana rakyat Singapura tentang hal ehwal semasa selain mendiang Lee Kuan Yew. Mereka hanyalah ‘Karen’ di sebuah negara pulau kecil dengan sindrom watak utama yang menganggap mereka mempunyai semua jawapan walaupun tidak mengetahui apa-apa pun.

Pelawak Ronny Chieng.

Kenyataan dari pelawak itu kemudiannya diakhiri dengan pujian terhadap hidangan Chili Crab di negara tersebut yang agak lazat.

“Great chilli crab though”, kata Ronny.

Sumber: Reddit

Kenyataan Ronny Chieng Undang Pelbagai Reaksi Warga Singapura

Hantaran yang dimuat naik oleh Ronny di laman Instragram itu telah ditangkap layar dan dimasukkan pula ke dalam platform Reddit sebelum ia mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Kenyataan Ronny tentang sikap warga Singapura yang disamakan seperti ‘Karen’ telah dikecam terutamanya oleh rakyat negara republik itu sendiri.

Sesetengah netizen mendakwa ia adalah perkara biasa apabila masyarakat dari negara Malaysia mengkritik beberapa tindakan rakyat Singapura.

Sumber: Reddit

Walau bagaimanapun, ada juga beberapa netizen yang bersetuju dengan kenyataan dari Ronny tentang sikap masyarakat Singapura yang agak cerewet.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang tidak mengambil serius mengenai hal ini dan menganggap perkara yang dibahaskan oleh Ronny adalah sebagai bahan jenaka sahaja, memandangkan Ronny adalah seorang pelawak antarabangsa.

Sumber: Reddit

Jadi apa pendapat anda pula tentang kenyataan dari Ronny Chieng ini? Setuju ke tidak?


Siapa Ronny Chieng?

Ronny Chieng merupakan pelawak dari Malaysia yang dilahirkan di Johor Bahru pada 21 November 1985 dan dibesarkan di New Hampshire, Amerika Syarikat serta Singapura.

Beliau mula melakukan komedi berdiri (stand-up comedy) pada tahun 2009 selepas menamatkan pengajian dengan dwi ijazah dalam jurusan Undang-undang dan Perdagangan dari The University of Melbourne, Australia.

Sumber: Instagram @ronnychieng

Bakatnya dalam bidang komedi ini menarik perhatian ramai di Festival Komedi Montreal Just for Laughs di mana Ronny telah membuat persembahan pada 2012, 2013, 2015, dan 2016.

Difahamkan, tiket jualan untuk persembahan komedinya bersempena dengan jelajah dunia juga habis dijual di Australia, , Hong Kong dan Kanada.

Selain bergelar pelawak, Ronny juga pernah membintangi beberapa filem antarabangsa seperti Crazy Rich Asians, Shang-Chi, M3GAN dan banyak lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd