Now Reading
Peminat Kena ‘Kick’ Dari Konsert Taylor Swift Gara-gara Kena Scam Dengan Ulat Tiket

Peminat Kena ‘Kick’ Dari Konsert Taylor Swift Gara-gara Kena Scam Dengan Ulat Tiket

Menurut wanita dikenali sebagai Bella, terdapat dua pengunjung konsert lain memiliki tiket dengan tempat duduk yang sama sepertinya di Stadium Nasional Singapura.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui kini sedang berlangsungnya konsert jelajah antarabangsa ‘The Eras Tour’ Taylor Swift selama enam hari iaitu pada 2, 3, 4, 7, 8, dan 9 Mac 2024.

Walaupun mengadakan konsert selama enam hari, namun ia telah mendapat sambutan hangat para peminat apabila kesemua tiket habis terjual. Memang power!

Akan tetapi, detik gembira seorang peminat bertukar tragedi selepas dirinya ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi tiket konsert dibeli.


Peminat Kongsi Pengalaman Di The Eras Tour Di Singapura

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@cruel.blue), seorang wanita dikenali sebagai Bella berkongsi pengalamannya ketika menyertai The Eras Tour pada malam ketiga di Stadium Nasional Singapura.

Kalau anda lihat sendiri klip video berkenaan, Bella kelihatan amat bersemangat untuk bertemu dengan idola tercinta buat pertama kalinya secara live. Malah, dia juga teruja dengan kedudukan tempat yang berdekatan dengan pentas.

Sumber: TikTok (@cruel.blue)

Dia kemudian memasuki pekarangan stadium dengan menggunakan tiket yang dibeli daripada reseller oleh rakannya. Pada awalnya, dia berjaya menempatkan diri pada tempat duduk yang sudah dibeli dan sempat juga menikmati persembahan pembukaan oleh Sabrina Carpenter.


Tiga Pengunjung Konsert Memiliki Tiket Konsert Yang Sama

Tidak lama selepas itu, seorang pengawal keselamatan telah mengarahkan dan eskort Bella untuk keluar daripada stadium disebabkan muncul isu tentang tiket miliknya.

Wanita tersebut mendapati seat yang sama dibeli oleh dua pengunjung konsert lain. Difahamkan, Bella memiliki tiket dalam bentuk PDF manakala dua individu yang lain mempunyai tiket secara screenshot dalam telefon.

Sumber: TikTok (@cruel.blue)

Bella kemudian menyedari bahawa dia dan dua individu lain telah ditipu oleh reseller. Menerusi ruangan komen, peminat tersebut berkata dua pengunjung berkenaan berkemungkinan bertanya kepada sekuriti sama ada tempat duduk itu telah diambil.

Tiada siapa yang mendapat tempat duduk itu melainkan ia adalah orang sebenar yang membeli tiket.

Bella.

Kerusi Tak Dibenarkan Duduk Oleh Mana-mana Individu

Lebih menyedihkan apabila kerusi itu dibiarkan kosong kerana tiada seorang pun pemegang tiket tersebut dibenarkan memasuki konsert yang sedang berlangsung.

I had a panic attack. It was horrifying. I did not know what to do.

Bella.
Sumber: TikTok (@cruel.blue)

Tambah Bella lagi, dia berasa agak lega kerana berjaya mendapatkan semula wangnya daripada rakan yang membeli tiket asal dari reseller dengan harga S$750 (RM 2,646.56).

Apabila diiringi keluar dari tempat kejadian, dia hanya mampu menerima nasib yang menimpa dirinya.

Dalam pada itu, pihak pengawal keselamatan telah membantunya untuk membuat laporan polis mengenai insiden scam tersebut. Buat masa ini, Bella masih berurusan dengan Pegawai Penyiasat berhubung kesnya itu.

Sumber: TikTok (@cruel.blue)

Ramai Peminat Taylor Swift Kena Scam

Kalau anda nak tahu, kejadian sebegitu bukanlah pertama kali berlaku. Ramai juga di kalangan peminat telah meluahkan rasa kecewa selepas kena scam oleh ulat tiket.

Seperti sebelum ini, dua wanita dilihat menangis selepas menyedari mereka ditipu dan tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium. Dua wanita dipercayai warga Thailand tersebut hanya berpeluang menyanyi bersama dengan Taylor Swift dari bahagian luar lokasi konsert.

https://www.tiktok.com/@chopluem/video/7342102677259603201

Memetik Malay Mail, sejumlah 334 individu menjadi mangsa penipuan membabitkan penjualan tiket konsert Taylor Swift pada bulan Januari dan Februari dengan jumlah kerugian kira-kira S$213,000 (RM 752,060.46)

Baca Artikel Berkaitan: ‘Scalper’ Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Sehingga Cecah RM40,000

Baca Artikel Berkaitan: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB

Baca Artikel Berkaitan: Coldplay Fans Lose RM60,000 To RM70,000 With Fake Ticket Scam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd