Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB
Pembeli yang berjaya mendapatkan tiket ke konsert Coldplay ketika pra-jualan hari ini telah mula menjual semula tiket di beberapa platform seperti Carousell.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Tiket pra-jualan Coldplay telah habis dijual dan seperti biasa sudah tentu tidak semua yang bergembira dengan berita ini.
Sistem pembelian tiket mengalami masalah sejak awal pagi memandangkan orang ramai cuba memasuki giliran untuk membeli tiket. Walaupun ramai berjaya mendapatkan tiket, ramai juga bersedih apabila pra-jualan berakhir kerana tidak dapat membeli tiket.
BACA JUGA: Coldplay’s CIMB Pre-Sale Sees Many Frustrated As System Returns Error Message
Sesetengah netizen yang gagal mendapatkan tiket ketika pra-jualan membuat hantaran reaksi mencuit hati yang menunjukkan kekecewaan mereka.
me after failing to get the coldplay ticket in Malaysia. #COLDPLAYinKL pic.twitter.com/lSO0Ghypl8
— melioruel (@isfazruell) May 16, 2023
Malaysians trying to get thru the Coldplay ticket purchase page https://t.co/Jbz7cAwqCx
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) May 16, 2023
me looking at my queue bar that hasn’t moved at all while other people are getting tickets GOLIVE YOURE SO SICK#Coldplay #ColdplayKualaLumpur #COLDPLAYinKL #ColdplayinMY pic.twitter.com/kLjxFeFo6x
— currently in a bossnoeul & fortpeat chokehold (@softminyoongii) May 16, 2023
Ulat tiket mungkin telah turut serta membeli tiket
Walaupun tiket yang diperuntukkan bagi pra-jualan telah habis dijual, jualan umum tiket bagi Coldplay Music of the Spheres World Tour di Bukit Jalil pada 22 November nanti akan berlangsung pada jam 10 pagi esok (17 Mei).
Malangnya, seperti mana-mana konsert besar lain, pasti akan ada ulat tiket yang mengambil kesempatan.
Ulat tiket yang berjaya mendapatkan tiket ketika pra-jualan pagi ini telah mula menjual tiket di pelbagai laman web seperti Carousell.
Semakan sepintas lalu di Carousell menunjukkan bahawa tiket dijual pada harga dari semurah RM50 hingga semahal RM3,200.
Harga tiket rasmi bagi kategori tempat duduk yang berbeza adalah di antara RM228 hingga RM3,088.
BACA JUGA: Ticket Prices For Coldplay’s Malaysia Concert Are Out! Starts From RM228
Peminat Coldplay telah meminta supaya persembahan diadakan selama 2 hari supaya tiket yang dijual semula tidak laku.
Harus diingatkan, pihak penganjur melarang sama sekali penjualan semula tiket atau pembelian tiket daripada penjual tanpa izin dan mereka berhak membatalkan tiket tersebut tanpa pampasan dan/atau menghalang pemegang tiket masuk ke konsert.
today’s presale for KL: websites crashed, tickets sold out, scalpers reselling for double the price – genuine fans had zero chance against resellers with mobilized teams. tomorrow’s general sale will be worse! please do a 2nd show 🥺
— blahblah (@WanAminMY) May 16, 2023
Those who buy those tix for the sold out seats then resell them back at higher price is really 😔 effing scalpers and touts @coldplay please consider Day Two in KL #COLDPLAYinKL pic.twitter.com/JAUthd8SwC
— Deborah Lee shoots food photos🌙 💫🪐 (@deborahleeyp) May 16, 2023
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.