Now Reading
‘Scalper’ Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Sehingga Cecah RM40,000

‘Scalper’ Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Sehingga Cecah RM40,000

Salah satu tiket yang dijual oleh ‘ulat tiket’ untuk konsert Taylor Swfit di Singapura adalah bernilai S$3,000 (RM10,319) untuk tempat duduk ‘Category 1’.

Tiket Konsert Taylor Swift Sudah Mula Dijual Oleh 'Ulat Tiket' Dengan Harga 10 Kali Ganda (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Semalam (5 Julai), tiket pra-jualan konsert Taylor Swift ‘The Eras Tour’ bagi pengguna bank UOB mendapat sambutan yang cukup hangat sehingga tempoh 10 minit pertama di laman web Ticketmaster dilawati lebih dari satu juta orang.

Ya, mereka semua mahu beratur secara atas talian untuk membeli tiket konsert penyanyi terkenal antarabangsa itu.

Meskipun pra-jualan tersebut dibuka sehingga 9:00 pagi esok (7 Julai), tetapi tiket sudah pun terhabis dijual pada jam 3:00 petang semalam.

BACA JUGA: Lebih 1 Juta Pengguna UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Hari Ini, 5 Julai


‘Ulat Tiket’ Mula Jual Tiket Konsert Taylor Swift Di Singapura Dengan Harga Berkali Ganda

Ramai peminat Taylor Swift yang mahu pergi ke konsert ‘The Eras Tour’ itu meluahkan rasa sedih apabila mereka tidak berjaya mendapatkan tiket tersebut.

Lebih menimbulkan kemarahan mereka lagi, apabila sudah ada ‘ulat tiket’ menjual tiket untuk konsert Taylor Swift di Singapura menerusi platform Carousell dengan harga yang tidak masuk akal sehingga 10 kali ganda.

Salah satu tiket yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab ini adalah untuk tempat duduk ‘Category 1’ dengan harga S$3,000 (RM10,319). Kalau diikutkan, harga asal cuma S$348 (RM1,197) sahaja.

Sumber: Carousell

Selain itu, tiket untuk pakej VIP yang berharga S$1,228 (RM4,224) pula dijual sehingga mencecah S$12,000 (RM41,277).

Ada juga ‘ulat tiket’ yang mengatakan dia hanya akan menjual tiket tersebut bergantung kepada tawaran harga lebih tinggi daripada individu berbeza.

Sumber: Carousell

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual kod akses kepada orang ramai yang ingin menyertai pembelian tiket konsert Taylor Swift.

Difahamkan, individu yang tidak menerima kod akses menerusi e-mel daripada Ticketmaster mempunyai harapan agak tipis untuk membeli tiket berkenaan.

Sumber: Carousell

Jadi, sebab itulah ada juga pihak yang mahu menjadikan kod akses sebagai barangan jualan mereka. Tetapi, harga yang dijual juga tidak masuk akal kerana harganya seolah-olah sama dengan harga tiket.

Bayangkan, kod akses yang percuma itu dijual dengan harga S$380 (RM1,307).

BACA JUGA: Peminat Kecewa Taylor Swift Buat Konsert 3 Hari Di Singapura, Malaysia Tidak Tersenarai

BACA JUGA: Why Does Singapore Get More Mega Concerts Compared To Malaysia? Time To Revamp The Process


Adakah Penjualan Semula Tiket Dibenarkan Di Sisi Undang-undang Malaysia?

Penjualan semula tiket telah banyak berlaku sebelum ini termasuk bagi konsert Blackpink dan Coldplay. Malah, ia bukan hanya tertakluk kepada industri konsert, tetapi industri bola sepak dan perkhidmatan bas juga.

Tiada mana-mana seksyen dalam Kanun Keseksaan yang menyentuh berkenaan isu penjualan semula tiket. Akan tetapi, ia tidak bermakna penjualan semula tidak salah di sisi undang-undang.

Menurut Ask Legal, walaupun ia bukan suatu jenayah, tindakan sivil masih boleh diambil berdasarkan kontrak yang antara pembeli dan ejen penjual tiket.

Di samping itu, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, penjualan semula tiket dengan harga yang terlampau mahal boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). 

BACA JUGA: Penjualan Semula Tiket Konsert Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang Atau Tidak? Ini Jawapannya

BACA JUGA: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd