Album ‘The Tortured Poets Department’ Oleh Taylor Swift Akan Release Jam 12 Tengah Hari Ini!
Antara lagu di dalam album terbaharu Taylor Swift iaitu ‘The Tortured Poets Department’ adalah nyanyian bersama Post Malone bertajuk ‘Fortnight’.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Taylor Swift adalah satu nama yang cukup besar dalam industri muzik dan mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia tanpa mengira peringkat umur.
Daripada lagu Enchanted, Blank Space kepada All Too Well, boleh dikatakan kesemua lagu yang dinyanyikan oleh Taylor Swift menjadi fenomena antarabangsa sebelum melancarkan album terkini bertajuk ‘Midnights’ pada tahun 2022.
Dan siapa sangka hanya beberapa minggu album itu dikeluarkan untuk para peminat yang digelar Swifties, 10 daripada 20 buah lagu dalam album berkenaan telah menduduki carta Billboard 100.
Baca Artikel Berkaitan: Taylor Swift Jadi Artis Pertama Duduki Kesemua 10 Lagu Teratas Carta Billboard 100
Taylor Swift Bakal Lancar Album Terbaharu, ‘The Tortured Poets Department’
Selepas tempoh dua tahun, Taylor sekali lagi mengujakan para peminatnya apabila satu lagi album baharu bertajuk ‘The Tortured Poets Department’ (TTPD) akan dilancarkan pada hari ini (19 April).
Perkara ini yang mula didedahkan oleh penyanyi berkenaan di laman Instagram (@taylorswift) pada Februari lalu membuatkan para Swifties termasuk penulis sendiri tertunggu-tunggu tarikh 19 April 2024.
Berdebar betul nak dengar lagu-lagu dalam album baru ni. Katanya ada juga lagu bersama penyanyi Post Malone dalam salah satu single berjudul ‘Fortnight’.
Dalam satu hantaran terbaharu, Taylor menjelaskan dirinya sangat meminati Post Malone kerana pengalamannya dalam mengeksperimentasikan muzik dan melodi yang membuatkan ramai orang teringat-ingat.
Saya dapat lihat sendiri satu keajaiban yang datang dalam hidup saya sewaktu kami bersama-sama menjayakan Fortnight. Secara jujurnya, saya tak sabar nak bagi para peminat saya mendengar sendiri lagu Fortnight ini.
Taylor Swift.
Untuk korang yang tak sabar nak dengar karya Taylor Swift dan Post Malone ini, sabar ya. Lagi beberapa jam lagi!
Ramai ‘Swifties’ Beratur Untuk Cari Petunjuk Tentang Album’The Tortured Poets Department’
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@cnn), para peminat Taylor Swift di Los Angeles, Amerika Syarikat dilihat sanggup beratur panjang kerana mahu mengunjungi booth ‘pop-up’ album berkenaan yang dicipta oleh Spotify.
Katanya mereka nak cari ‘clue’ mengenai album terbaharu itu di booth ‘pop-up’ tersebut dengan cara melihat kepada hiasan yang digunakan serta tajuk pada buku-buku yang tersusun.
Lagu Apa Yang Ada Dalam Album ‘The Tortured Poets Department’ Nanti?
Seperti kita semua sudah sedia maklum, lagu bersama Post Malone iaitu ‘Fortnight’ adalah salah satu karya yang dihasilkan oleh Taylor dalam album ‘The Tortured Poets Department’.
Sebenarnya, Taylor sudah memberi beberapa senarai tajuk lagu yang terkandung dalam album terbaharunya itu dalam satu hantaran di Instagram.
Mungkin ada yang tak perasan kerana tulisannya agak kecil dan disusun dalam keadaan menegak.
Jom kami senaraikan beberapa lagu yang menjadi karya dalam album ‘The Tortured Poets Department’. Antaranya:
- Side A
- Fortnight
- The Tortured Poets Department
- My Boy Only Breaks His Favourite Toys
- Down Bad
- Side B
- So Long, London
- But Daddy I Love Him
- Fresh Out The Slammer
- Florida!!!
- Side C
- Guilty as Sin?
- Who’s Afraid of Little Old Me?
- I Can Fix Him (No Really I Can)
- loml
- Side D
- I Can Do It With My Broken Heart
- The Smallest Man Who Ever Lived
- The Alchemy
- Clara Bow
Kepada korang yang dah excited untuk dengar lagu-lagu dari album ‘The Tortured Poets Department’, boleh set alarm kerana ia akan dilancarkan pada jam 12:00 tengah hari mengikut waktu Malaysia.

Kalau nak jimat masa, boleh juga terus klik pada butang ‘pre-save’. Bolehlah dengar sambil-sambil buat kerja dalam pejabat hari ini.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.