Now Reading
Fahmi Fadzil Arah SKMM Siasat Iklan Jualan Semula Tiket Konsert Coldplay

Fahmi Fadzil Arah SKMM Siasat Iklan Jualan Semula Tiket Konsert Coldplay

Fahmi Fadzil berkata Kementerian Komunikasi Digital akan mengambil tindakan terhadap scammer bagi tiket konsert Coldplay

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Penjualan tiket umum bagi Music Of The Spheres World Tour oleh Coldplay telah berlangsung pada 17 Mei 2023 dan telah habis dijual dengan serta-merta. Namun begitu, masih ramai peminat Coldplay tidak berjaya mendapatkan tiket walaupun ada yang ‘berperang’ sehingga dua hari.

Ramai yang masih menunggu giliran untuk masuk ke laman web pembelian tiket apabila mendapat berita tiket telah habis dijual. Ada juga yang mempersoalkan proses penggiliran pembelian tiket kerana terdapat individu yang berjaya masuk ke laman web lebih awal berbanding mereka yang telah menunggu sejak jam 9 pagi.


Ulat tiket, ticketing service dan scammer

Lebih teruk lagi, pembelian tiket didakwa telah didominasi oleh golongan ulat tiket atau scalper dan individu yang menjalankan servis pembelian tiket/ ticketing service (TS).

BACA JUGA: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB

Seorang pengguna Twitter berkata ulat tiket akan menggunakan bot yang menyebabkan masa menunggu giliran menjadi panjang.

Pada masa yang sama, beberapa individu menegaskan supaya orang ramai tidak membeli daripada ulat tiket atau TS supaya tiket tidak terjual dan mereka akan mengalami kerugian.

Satu lagi masalah yang timbul berkaitan penjualan tiket konsert Coldplay adalah kewujudan scammer yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata terdapat aktiviti penipuan jualan tiket konsert yang terjadi di media sosial. Menurutnya, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan meminta pengendali platform berkenaan untuk menurunkan hantaran itu.

“Kalau dikesan kita akan bawa (scammer) ke muka pengadilan dan hantaran (jualan tiket) jika masih berada di platform akan diambil tindakan bersesuaian,”

Fahmi Fadzil

Ulat tiket jual semula tiket konsert pada harga terlampau mahal

Ulat tiket yang dikatakan mendominasi pembelian tiket di laman web turut menjual semula tiket konsert pada harga berkali-kali ganda mahalnya. Kenaikan harga adalah keterlaluan sehingga ada yang mencecah RM43,000 bagi tiket CAT 1 yang berharga RM1,288 pada asalnya.

Fahmi berkata isu tiket yang dijual semula pada harga mahal adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Namun begitu, Menteri Salahuddin Ayub berkata pihak KPDN masih belum menerima sebarang aduan mengenai harga tiket yang terlampau mahal. Perkara tersebut akan disiasat di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) sekiranya terdapat aduan dilakukan.


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd