Now Reading
Peminat Kecewa Taylor Swift Buat Konsert 3 Hari Di Singapura, Malaysia Tidak Tersenarai

Peminat Kecewa Taylor Swift Buat Konsert 3 Hari Di Singapura, Malaysia Tidak Tersenarai

Taylor Swift hanya memilih dua negara Asia sahaja untuk dalam siri jelajah konsert The Eras Tour iaitu di Singapura dan Jepun.

Konsert Taylor Swift 3 Hari Di Singapura, Ramai Peminat Di Malaysia Kecewa

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Singapura kini menjadi tumpuan ramai terutamanya penduduk sekitar Asia selepas Coldplay mengumumkan konsert mereka selama enam hari berturut-turut pada 23, 24, 26, 27, dan 30 Januari 2024.

BACA JUGA: Coldplay Music Of The Spheres: Singapura Dapat 6 Hari, Gais!

BACA JUGA: Coldplay Tambah Hari Ke-6 Di Singapura, Netizen Mula Beri Reaksi Kelakar

Belum reda tentang pengumuman mengejutkan dari Coldplay, kini Singapura menjadi topik hangat sekali lagi apabila seorang penyanyi antarabangsa terkenal dengan 246 juta orang pengikut di Instagram pula akan membuat konsert.

Cuba teka siapa pula? Yes, TAYLOR SWIFT!

Sumber: Instagram @taylorswift

Taylor Swift Bakal Buat Konsert ‘The Eras Tour’ Selama 3 Hari Di Singapura

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Taylor Swift (@taylorswift), penyanyi itu mengumumkan tarikh konsert jelajah antarabangsa untuk ‘The Eras Tour’ termasuklah negara Asia.

Ramai peminat yang sudah lama menanti-nanti pengumuman ini, termasuklah penulis sendiri!

Walau bagaimanapun, Swift hanya memilih dua buah negara Asia sahaja untuk membuat konsert ‘The Eras Tour’ iaitu Jepun dan Singapura.

Konsert di Tokyo, Jepun bakal diadakan selama empat hari bermula dari 7 sehingga 10 Februari 2024 manakala konsert di Singapura pula pada 2 hingga 4 Mac 2024.

Antara negara lain yang turut tersenarai di dalam jelajah konsert The Eras Tour ini adalah:

  • Australia
  • Ireland
  • United Kingdom
  • Netherlands
  • Switzerland
  • Itali

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran, pra-jualan dan tiket jualan, boleh klik [DI SINI].


Peminat Taylor Swift Kecewa Malaysia Tidak Tersenarai Dalam Jelajah Konsert The Eras Tour

Pengumuman yang dibuat secara rasmi oleh Taylor Swift semalam (20 Jun) membuatkan ramai masyarakat sekitar Asia termasuklah di Malaysia meluahkan rasa kecewa.

Di laman Twitter, ramai peminat Taylor Swift di Malaysia yang agak sedih apabila artis kegemaran itu tidak melakukan persembahan konsert di Malaysia.

Mereka juga terkilan apabila negara Singapura yang bersebelahan dengan Malaysia mendapat tarikh konsert selama tiga hari berturut-turut di Stadium Nasional Singapura.

Ada juga netizen membuat gurauan kononnya negara Malaysia ‘ditutup’ oleh makhluk halus kerana negara tersebut sering disisihkan oleh artis antarabangsa dalam siri jelajah konsert mereka.


Bila Kali Terakhir Taylor Swift Buat Konsert Di Malaysia?

Pada 11 Jun 2014, Taylor Swift pernah membuat konsert pertamanya di Malaysia bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Konsert jelajah ‘The Red Tour’ itu dihadiri lebih 7,500 peminat di Malaysia yang teruja untuk melihat persembahan pertama Taylor Swift di negara ini.

Selepas beberapa tahun sejak konsert terakhir Taylor Swift di Malaysia, ramai peminat yang ternanti-nanti kehadirannya semula di sini. Tetapi apakan daya, Singapura menjadi pilihannya selama tiga hari.

Mungkin para peminat Taylor Swift di Malaysia boleh bersiap sedia untuk mendapatkan tiket pada bulan hadapan.

Goodluck untuk anda yang akan ‘berperang’ utnuk membeli tiket konsert Taylor Swift: The Eras Tour nanti!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd