Now Reading
Coldplay Music Of The Spheres: Singapura Dapat 6 Hari, Gais!

Coldplay Music Of The Spheres: Singapura Dapat 6 Hari, Gais!

Konsert Coldplay Music Of The Spheres di Singapura bakal menggegarkan pentas National Stadium pada 23, 24, 26, 27, 30, dan yang terbaru pada 31 Januari 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum sedia maklum, semalam (19 Jun) pra-jualan tiket konsert Coldplay telah diadakan bermula dari jam 2 petang hingga 11.59 malam. Manakala jualan umum akan bermula pada hari ini (20 Jun) bermula dari jam 2 petang melalui Ticketmaster dengan harga tiket bermula dari S$68 (RM233.98), tidak termasuk bayaran tempahan.

Namun tak sampai beberapa jam, Coldplay semalam dengan rasminya mengumumkan tarikh kelima konsert di Singapura akan diadakan selepas mengalami jualan pecah rekod di mana penjualan tiket dilaporkan habis terjual pada hari yang sama.

Ini menjadikan band itu sebagai aksi muzikal pertama yang bermain lima malam di Stadium Nasional Singapura. Band berkenaan dalam masa yang sama turut mendedahkan bahawa mereka telah memecahkan rekod penjualan tiket paling banyak oleh artis iaitu melebihi 200,000!


Tak Cukup 5 Hari, Tambah Pula Hari Keenam!

Sumber: coldplay/Twitter

Coldplay menerusi ciapan di Twitter (@coldplay) telah memaklumkan bahawa mereka kini menambah satu hari lagi iaitu pada 31 Januari 2024 untuk menggegarkan pentas Stadium Nasional Singapura bagi mengadakan konsert Coldplay Music Of The Spheres.

World Tour Asia 2024 itu memperlihatkan negara jiran, Singapura menjadi salah satu negara paling banyak disenaraikan untuk konsert tersebut.

Selain Singapura, Manila dan Bangkok turut berada dalam senarai di mana Coldplay hanya mengadakan konsert selama sehari di setiap negara berkenaan.

Sejak pengumuman Music Of The Spheres World Tour mereka bermula pada bulan Mac, Coldplay telah menjual lebih 7 juta tiket. Ia adalah yang paling banyak untuk mana-mana tour sepanjang dua tahun yang lalu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd