Now Reading
Cecah Pendapatan RM30,000 Sehari Bawa Swifties Ke Konsert Taylor Swift Di Singapura

Cecah Pendapatan RM30,000 Sehari Bawa Swifties Ke Konsert Taylor Swift Di Singapura

Menurut penganjur bas persiaran konsert, Amirul Sufi, terdapat tiga buah bas yang membawa penonton ke konsert The Eras Tour di Singapura setiap hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Konsert Taylor Swift: The Eras Tour di Singapura telah berlangsung pada minggu lepas antara 1 hingga 9 Mac.

Ia merupakan satu-satunya konsert oleh penyanyi tersebut di Asia Tenggara sehingga menyebabkan ‘Swifties’ dari seluruh rantau berpusu-pusu ke republik tersebut.

Sudah tentu Malaysia juga tidak terkecuali! Usaha para peminat untuk menyaksikan idol mereka secara ‘live’ menjadi lebih mudah dengan kewujudan servis pengangkutan bas yang membawa mereka ke Singapura dan pulang semula ke tanah air.


Khidmat Pengangkutan Ke Singapore Untung Hingga RM6,000 Sehari

Penganjur bas persiaran konsert, Amirul Sufi, berkata perniagaannya mencecah RM30,000 bagi satu hari konsert The Eras Tour. Malah, margin keuntungan boleh meningkat berdasarkan permintaan.

Ini bukan pertama kali dia menganjurkan pengangkutan sedemikian, tetapi dia turut menawarkan khidmat tersebut bagi membawa pelanggan dari ibu negara ke acara di Singapura, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Menerusi satu temuramah oleh pihak BFM, daripada pendapatan kasar RM30,000, Amirul boleh mendapat keuntungan antara RM5,000 ke RM6,000 sehari.

Dia menerangkan bahawa terdapat tiga buah bas yang disediakan khas untuk membawa para ‘Swifties’ ke Singapura bagi menyaksikan konsert The Eras Tour.

Setiap bas disewa dengan harga RM4,000 termasuk minyak, pemandu dan penyenggaraan yang menjadikan ia kos operasi paling mahal.

Sumber: @taylorswift/ Instagram.

Kepentingan ‘Customer Service’

Selain daripada itu, Amirul juga menekankan tentang kepentingan perkhidmatan pelanggan terhadap perniagaannya demi menarik pelanggan.

Selain daripada mendapatkan pelanggan, perkhidmatan pelanggan juga akan menerangkan kepada pelanggan mengenai perjalanan bas.

Mereka turut menerangkan segala proses berkaitan imigresen di Customs, Immigration, and Quarantine (CIQ) Complex dan ketika melalui Immigration and Checkpoints Authority (ICA) di sempadan Singapura.

Di samping itu, mereka juga akan menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan seperti tempat menukar pakaian dan bersolek, serta tempat makan.

Sumber: @BFMradio/ X.

‘Scammer’ Jadi Cabaran Bina Kepercayaan Orang Ramai

Amirul memaklumkan perkara yang paling mencabar dalam menjalankan perniagaannya adalah untuk mendapatkan kepercayaan daripada orang ramai.

Katanya, perkara ini berpunca akibat banyak berlakunya penipuan atau ‘scam’, bukan sahaja dari aspek tiket dan hotel, tetapi juga pengangkutan.

Amirul juga amat menggemari apabila pelanggan menghargai usahanya dengan memberi ulasan yang baik serta memperkenalkan perniagaannya kepada orang ramai.

Walaupun konsert tersebut dijalankan di negara jiran Singapura, Amirul berkata dia serta rakan-rakan dapat menerima impak ekonomi daripada acara tersebut.

https://twitter.com/BFMradio/status/1766314575274946678

70% Penonton Konsert The Eras Tour Dari Luar Singapura

Untuk yang tidak tahu, konsert The Eras Tour hanya dijalankan di Singapura di rantau ini menerusi satu perjanjian antara kerajaan republik tersebut dengan penganjur konsert.

Kerajaan Singapura telah membelanjakan sejumlah wang bagi mendapatkan perjanjian eksklusif dengan penganjur konsert. Kesemua 300,000 tiket yang dibuka bagi keenam-enam hari di Singapura licin dijual.

Menurut CNN, sekitar 70% penonton konsert adalah dari luar Singapura dan pakar ekonomi di Maybank menganggarkan perbelanjaan keseluruhan sehingga $370 juta (RM1.73 bilion) yang dibawa masuk ke republik itu.

Pengurus besar Trip.com, Edmund Ong, berkata penerbangan ke negara itu meningkat 186% dan tempahan penginapan cecah hampir tiga kali ganda sewaktu tempoh konsert The Eras Tour berlangsung.

Sumber: @taylorswift/ Instagram.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 11 ‘Chants’ Yang Swifties Kena Hafal Sebelum Sertai Konsert Taylor Swift Di Singapura

Baca Artikel Berkaitan: Peminat Kena ‘Kick’ Dari Konsert Taylor Swift Gara-gara Kena Scam Dengan Ulat Tiket

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Pakistan Raih Rekod Guinness World Records, Hafal 34 Nama Lagu Taylor Swift Dalam 1 Minit


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd