Now Reading
Lelaki Pakistan Raih Rekod Guinness World Records, Hafal 34 Nama Lagu Taylor Swift Dalam 1 Minit

Lelaki Pakistan Raih Rekod Guinness World Records, Hafal 34 Nama Lagu Taylor Swift Dalam 1 Minit

Dalam acara itu, Bilal perlu mengenal pasti setiap 50 lagu terlaris Taylor Swift di mana liriknya dibaca tanpa sebarang iringan muzik latar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memecahkan rekod dunia bukanlah satu perkara mudah lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan persaingan yang tinggi.

Namun begitu, cabaran itu tidak menjadi penghalang kepada seorang pemuda untuk menggapai rekod tersebut bagi menunjukkan kesetiaan dan minat yang tidak terhingga kepada penyanyi Taylor Swift.


Lelaki Kenal Pasti 34 Lagu Taylor Swift Dalam 1 Minit

Baru-baru ini, seorang lelaki Pakistan, Bilal Ilyas Jhandir dinobatkan sebagai peminat unggul Taylor Swift selepas dia berjaya mengenal pasti lebih 30 lagu oleh penyayi itu dalam masa satu minit.

Bukan itu sahaja, Bilal, 20, juga sekaligus memecahkan rekod dunia dan disenaraikan dalam Guinness World Records kerana menamakan 34 lagu secara rawak. Dalam acara tersebut, Bilal perlu mengenal pasti setiap 50 lagu terlaris Taylor Swift di mana liriknya dibaca dengan kuat oleh seseorang tanpa sebarang iringan muzik latar.

Untuk info, Bilal telah mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang hos radio Britain, Dan Simpson iaitu sebanyak 27 buah lagu pada 2019.


Bilal Adalah Peminat Taylor Swift Sejak Usia Kecil

Memetik portal Guinness World Records, Bilal merupakan seorang peminat tegar Taylor Swift sejak usianya kecil.

“Saya telah mendengar Taylor Swift sejak zaman kanak-kanak. Saya seorang peminat tegar dan telah mendengar setiap lagunya. Saya boleh mengenal pasti hampir semua lagu Taylor Swift daripada liriknya,” ujar Bilal.

Bilal membuat keputusan untuk memecahkan rekod tersebut kerana dia percaya ia adalah cara terbaik bagi menunjukkan ‘cinta yang luar biasa’ untuk Taylor Swift, yang turut memegang pelbagai anugerah Guinness World Records.

“Saya ingin memberitahu Taylor Swift dan rakan-rakan Swifties bahawa memecahkan rekod ini adalah satu penghormatan kepada impaknya (Taylor Swift) dalam hidup saya serta kehidupan peminat. Saya harap ia membawa senyuman kepada rakan Swifties,” tambah Bilal lagi.

Karya seni peminat. Sumber: Facebook Swifters 2.0

13 Minggu Ulang Kaji Lagu Taylor Swift

Meskipun Bilal kerap mendengar muzik dan sudah mengetahui semua lirik lagu Taylor Swift, namun dia menghabiskan tempoh masa 13 minggu untuk ‘ulang kaji’ sebagai persediaan memecahkan rekod serta mencapai skor yang tinggi.

Malah persediaan yang berterusan itu membuatkan Bilal menyebut lirik-lirik lagu tersebut semasa sedang tidur.

Di sebalik cabaran itu, Bilal mendedahkan tugas tersebut begitu mudah dan satu-satunya perkara mencabar serta agak sukar adalah apabila lirik tersebut dituturkan oleh seorang lelaki.

Sumber: Guinness World Records

Folklore Adalah Album Kegemaran Bilal

Bilal yang mendengar lagu Taylor Swift sejak berumur 13 tahun itu berkata Folklore merupakan karya terhebat dan album kegemarannya.

Perkara yang paling saya suka tentang Taylor Swift adalah cara dia menulis lagu yang sentiasa menyentuh hati saya. Keaslian dalam penulisan lagu, kedalaman emosi dalam lirik dan keupayaannya untuk berhubung dengan pendengar adalah perkara yang paling saya kagumi tentang Taylor Swift.

Bilal Ilyas Jhandir.

Untuk makluman, anugerah yang disandang oleh Bilal itu merupakan kejayaan ketiga dimiliki olehnya daripada Guinness World Records. Pada tahun 2021, dia memecahkan rekod menamakan sebanyak 23 ekor haiwan melalui bunyi yang dihasilkan.

Manakala pada 2023 pula, dia memecahkan rekod mengenal pasti 29 buah lagu Justin Bieber dalam masa satu minit.

“Rekod ini adalah kegemaran saya daripada semua (Guinness World Records). Digelar ‘Swiftie bertauliah’ atau ‘Officially Amazing Swiftie’ adalah perasaan yang luar biasa,” kata Bilal.


Profil Taylor Swift

Taylor Swift atau nama sebenarnya Taylor Alison Swift dilahirkan pada 13 Disember 1989. Taylor Swift yang merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu telah berpindah ke Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat pada usia 14 untuk memulakan kerjaya muziknya. 

Sejak memulakan debutnya sebagai penyanyi pada tahun 2006, Taylor Swift telah menghasilkan lebih 10 album yang laris di pasaran seperti Fearless, Speak Now, Red, 1989 dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, dia juga telah berjaya mengumpul sejumlah peminat yang ramai di seluruh dunia melalui karya lagu dicipta.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang seni, Taylor Swift telah dinobatkan dalam banyak anugerah berprestij termasuklah:

  • 10 Anugerah Grammy.
  • 19 Anugerah Muzik Amerika.
  • 23 Anugerah Muzik Billboard.
  • Country Music Association Awards.
  • 8 Academy of Country Music Awards.
  • Anugerah Brit.
Sumber: The Guardian/Instagram (@taylorswift)

Baca Artikel Berkaitan: Taylor Swift Jadi Artis Pertama Duduki Kesemua 10 Lagu Teratas Carta Billboard 100

Baca Artikel Berkaitan: Taylor Swift Kini Bergelar Doktor. Siap Ada Kursus Sendiri Di Universiti!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd