Now Reading
Taylor Swift Kini Bergelar Doktor. Siap Ada Kursus Sendiri Di Universiti!

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor. Siap Ada Kursus Sendiri Di Universiti!

Taylor Swift dianugerahkan gelaran Doktor selepas menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Daripada lagu Enchanted, Blank Space kepada All Too Well, boleh dikatakan kesemua lagu yang dinyanyikan oleh Taylor Swift menjadi fenomena antarabangsa sehingga kini.

Siapa sangka penyanyi popular antarabangsa dengan jumlah pengikut sebanyak 210 juta orang di Instagram kini mencapai satu lagi kejayaan yang membanggakan selepas dianugerahkan gelaran doktor (Dr).

Taylor Swift atau nama sebenar Taylor Alison Swift berusia 32 tahun telah menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) dengan disaksikan oleh lebih ribuan penonton termasuklah graduan tahun 2022 di Stadium Yankee semalam (19 Mei).

Saya tak pernah ada pengalaman belajar di kolej seperti biasa macam orang lain. Saya pergi ke sekolah tinggi awam sehingga gred 10 dan menamatkan pendidikan dengan banyak meluangkan masa menyiapkan tugasan di teminal lapangan terbang.

Taylor Alison Swift.
Sumber: Esquire

Dalam ucapan Taylor Swift selepas menerima anugerah tersebut, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak malu mencuba sesuatu perkara baharu dan kesalahan yang pernah berlaku dalam kehidupan boleh menjadikan seseorang lebih kuat.

Kesusahan dalam kehidupan memang akan berlaku. Jangan risau, semua itu akan berlalu dan tanpa disangka kita dapat mengawal situasi itu dengan baik dan mempelajari sesuatu daripadanya. Percayalah, kita akan membesar dengan lebih kuat disebabkan keperitan tersebut.

Taylor Alison Swift.

Penyanyi, komposer, penerbit dan pengarah itu memulakan kerjaya muziknya pada usia 15 tahun.

Sumber: NBC News

Sehingga kini lebih 100 juta album miliknya telah laris terjual dan telah memenangi pelbagai anugerah. Taylor Swift juga pernah menjadi artis wanita pertama memenangi kategori Album Terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Grammy.

Universiti New York tawar kursus Taylor Swift

Rasa macam mimpi tapi percayalah kursus Taylor Swift memang benar-benar wujud. Macam best kan?

Kursus ini yang diberi nama Taylor Swift Course ditawarkan sebagai salah satu pilihan kepada pelajar di Clive Davis Institute yang berada di bawah pengurusan Universiti New York.

Pembelajaran di dalam kursus itu membolehkan pelajar mempelajari evolusi Taylor Swift merangkumi usahawan muzik kreatif, warisan penulis lagu pop serta country, wacana belia dan politik perkauman dalam muzik popular kontemporari.

Sumber: CNN

Lebih mengujakan lagi, kursus ini diajar oleh penulis Rolling Stone iaitu Brittany Spanos.

Best juga dapat belajar dengan lebih mendalam tentang lirik lagu lebih-lebih lagi artis yang diminati kan? Kalau macam ni confirm boleh dapat A punya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd