Now Reading
Taylor Swift Jadi Artis Pertama Duduki Kesemua 10 Lagu Teratas Carta Billboard 100

Taylor Swift Jadi Artis Pertama Duduki Kesemua 10 Lagu Teratas Carta Billboard 100

Antara 10 lagu teratas dari album Midnights oleh Taylor Swift tersenarai dalam carta Billboard 100 adalah Anti-Hero, Lavender Haze dan Maroon.

Taylor Swift Jadi Artis Pertama Duduki Kesemua 10 Lagu Teratas Carta Billboard 100

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 21 Oktober lalu, Taylor Swift atau nama sebenar Taylor Alison Swift berusia 32 tahun berjaya melancarkan album terbaharunya yang kesepuluh bertajuk ‘Midnights‘.

Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album itu adalah Anti-Hero, Maroon, Sweet Nothing, Snow On The Beach, Midnight Rain dan banyak lagi.

Memang ramai peminat Taylor Swift termasuklah penulis sendiri tertunggu-tunggu album baharu penyanyi All Too Well ini.

Sumber: Bandawagon Asia

Lagu Dari Album Midnights Oleh Taylor Swift Tawan 10 Tempat Teratas Di Carta Billboard 100

Dan siapa sangka hanya beberapa minggu album itu dikeluarkan untuk para peminat yang digelar Swifties, 10 daripada 20 buah lagu dalam album berkenaan telah menduduki carta Billboard 100.

Bukan satu atau dua lagu ya, kesemua 10 tempat teratas carta muzik antarabangasa itu ‘disapu’ oleh lagu-lagu Taylor Swift dari album Midnights.

Berikut adalah senarai 10 lagu teratas dalam carta Billboard 100:

Sumber: Billboard 100

Malah, Taylor Swift sendiri meluahkan rasa terkejutnya menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitter miliknya (@tayloswift13).

Daripada lagu Enchanted, Blank Space kepada All Too Well, boleh dikatakan kesemua lagu yang dinyanyikan oleh Taylor Swift menjadi fenomena antarabangsa.

Kini album Midnights pula berjaya mencipta lagi sejarah baharu dalam industri muzik buat penyanyi antarabangsa dengan jumlah pengikut sebanyak 230 juta orang di Instagram.

Tahniah Taylor Swift! Siapa yang belum dengar lagi lagu dalam album Midnights, pergi dengar cepat!

Pada 19 Mei lalu, Taylor Swift juga telah dianugerahkan gelaran doktor (Dr) selepas menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) dengan disaksikan oleh lebih ribuan penonton termasuklah graduan tahun 2022 di Stadium Yankee, Amerika Syarikat.

BACA JUGA: Taylor Swift Kini Bergelar Doktor. Siap Ada Kursus Sendiri Di Universiti!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd