Coldplay Tambah Hari Ke-6 Di Singapura, Netizen Mula Beri Reaksi Kelakar
World Tour Asia 2024 itu memperlihatkan negara jiran, Singapura menjadi salah satu negara paling banyak disenaraikan untuk konsert tersebut iaitu selama 6 hari!
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Hari ini (20 Jun), Coldplay telah mengumumkan bahawa mereka secara rasminya menambah satu hari lagi persembahan mereka di Stadium Nasional, Singapura iaitu pada 31 Januari 2024.
Ia adalah kerana band tersebut telah memecahkan rekod penjualan tiket paling banyak dan habis terjual pada hari yang sama pada 23, 24, 26, 27, dan 30 Januari.
BACA LANJUT: Coldplay Music Of The Spheres: Singapura Dapat 6 Hari, Gais!
World Tour Asia 2024 itu memperlihatkan negara jiran, Singapura menjadi salah satu negara paling banyak disenaraikan untuk konsert tersebut. Selain Singapura, Manila dan Bangkok turut berada dalam senarai di mana Coldplay hanya mengadakan konsert selama sehari di Bangkok dan dua (2) hari di Manila.
Tambah Hari Keenam Persembahan Di Singapura, Netizen Mula Beri Reaksi Kelakar
Susulan berita penambahan hari persembahan di Singapura, rata-rata warganet kini telah mula mengeluarkan pelbagai jenis reaksi dan jenaka kelakar di mana menunjukkan ketua band tersebut iaitu Chris Martin akan menjadi terlalu penat setelah membuat persembahan selama enam hari.
Disebabkan itu, nama Chris Martin kini dilihat ‘trending’ di Twitter.
Chris Martin on sixth day in Singapore:
— brgsjks (@brgsjks) June 20, 2023
Para…para…
Crowd: PARADISE
Chris: para… paralysed 😭 pic.twitter.com/FXLr5ophhp
[Day 9 of Coldplay Live in Singapore]
— Faizal Rosly (@ijaicool) June 20, 2023
Chris Martin: (On a wheelchair) Good… evening… Singapore…
Penonton: WOOO
Chris Martin: This song is called… Paradise…
(Pasang minus one)
Chris Martin after on the 6th day. pic.twitter.com/yfUZiaZkH7
— Cheapreme™ 👕 (@CheapremeBrand) June 20, 2023
Ada juga yang mulai membahan ‘slang’ yang bakal digunakan oleh kumpulan itu setelah beberapa hari berada di Singapura.
Chris Martin hari pertama di Singapore: Wassuup Singaporeee.
— Handoko Tjung (@handokotjung) June 20, 2023
Chris Martin hari ke enam di Singapore: Walao weh just replace me with Aldi Taher can or not.
Chris Martin’s gonna be speaking Singlish from Feb onwards. https://t.co/drgXX060Ho
— Bala (@justmebala) June 20, 2023
BACA JUGA: Lelaki ‘Single’ Beli 2 Tiket Konsert Coldplay Kini Cari Pasangan Untuk Pergi Bersama
BACA JUGA: Indonesian Groom Surprises Bride With Coldplay Tickets As Dowry
Petisyen Mohon Coldplay Tambah Hari Kedua Di Kuala Lumpur
Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang bakal diadakan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur pada 22 November 2023 membuatkan orang ramai teruja untuk membeli tiket pada hari jualannya pada 17 Mei lalu.
Namun di media sosial, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila rata-rata daripada mereka tidak berpeluang mendapatkan tiket ke konsert tersebut selepas didakwa dibeli oleh ‘bot’. Lebih mengejutkan lagi, ada yang sanggup menjual semula tiket tersebut sehingga harga tidak masuk akal iaitu RM43,000!
BACA JUGA: Konsert Coldplay Punya Pasal, Lelaki di Indonesia Nekad Jual Peti Sejuk & Motosikal
Penangan kumpulan rock dari U.K. ini cukup dahsyat apabila 80,000 tiket telah terjual dalam tempoh tiga jam ketika lebih 400,000 peminat ‘beratur’ secara online di laman web penganjur.
Susulan itu, Iman Tang menerusi Instagram Stories (IGS) @imantang75 pernah memohon orang ramai untuk memberikan sokongan menerusi petisyen yang dilakukan.
Dear Chris & Mates. Thank you for coming to Malaysia, all tickets sold out and we Malaysian hope you do consider second show for us
Iman Tang.
Peminat yang gagal mendapatkan tiket berharap permohonan itu dapat membuka hati kumpulan rock terkenal menambah persembahan satu malam lagi di Kuala Lumpur.
Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 14,434 tandatangan telah diterima.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.