Now Reading
Lelaki ‘Single’ Beli 2 Tiket Konsert Coldplay Kini Cari Pasangan Untuk Pergi Bersama

Lelaki ‘Single’ Beli 2 Tiket Konsert Coldplay Kini Cari Pasangan Untuk Pergi Bersama

Lelaki itu menjelaskan dia kini sedang mencari pasangan untuk menemani ke konsert Coldplay di Kuala Lumpur pada November ini selepas berjaya membeli dua tiket CAT 4.

Pemuda Cari 'Partner' Lepas Beli 2 Tiket Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sejak tiket konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur sudah habis terjual dalam tempoh singkat, ramai ulat tiket dilihat sanggup menjual semula tiket dengan harga tidak masuk akal.

Ada yang dikatakan menjual semula tiket sehingga RM43,000. Mahal betul!

Isu penjualan semula tiket ini menjadi perkara hangat diperbahaskan sehingga mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang kini sedang meneliti semula Rang Undang-undang (RUU) anti ulat tiket.

BACA JUGA: Penjualan Semula Tiket Konsert Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang Atau Tidak? Ini Jawapannya

BACA JUGA: Fahmi Fadzil Arah SKMM Siasat Iklan Jualan Semula Tiket Konsert Coldplay


Pemuda Cari Pasangan Wanita Untuk Teman Pergi Konsert Coldplay Selepas Berjaya Beli Dua Tiket

Platform Carousell menjadi tempat ramai ulat tiket yang menjual semula tiket dengan harga melampau.

Namun, lain pula tujuan penggunaan platform tersebut oleh seorang pengguna Carousell (@wecoolliekdat) apabila dia dikatakan mahu mencari pasangan wanita untuk menemaninya ke konsert Coldplay.

Di ruangan ‘description’, lelaki itu menjelaskan dia berjaya membeli dua tiket CAT 4 yang mempunyai ruangan tempat duduk bersebelahan.

Walaupun mempunyai dua tiket, lelaki ini mula tersedar yang dia tidak mempunyai teman wanita untuk dibawa bersama.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk membuka iklan di Carousell bukan untuk menjual semula tiket tetapi untuk mencari pasangan yang boleh menemaninya.

Lelaki ini siap buat Google Form ya kepada mana-mana wanita yang berminat dengan pelawaannya ke konsert Coldplay.

Antara soalan yang ditanyakan di dalam Google Form itu adalah sama ada:

  • Single atau tidak
  • Keburukan dan kebaikan tentang diri anda
  • Keburukan dan kebaikan jika keluar temu janji bersama anda
  • Boleh atau tidak keluar ‘dating’ di kedai mamak
  • Hobi
  • Restoran kegemaran
  • Boleh memandu atau tidak
  • Pencapaian yang ingin dikecapi dalam hidup
  • Lagu kegemaran dari kumpulan Coldplay

Wanita yang menjadi pilihan lelaki ini difahamkan akan dihubungi olehnya selepas keputusan dibuat.

Memang lain macam ya zaman moden ini untuk mencari pasangan.

Walaupun perkara ini nampak melucukan, tetapi anda di luar sana perlu ingat ya untuk sentiasa berhati-hati dalam memberikan maklumat kepada individu yang tidak dikenali.

Selagi boleh elak dari bahaya, elakkan!

BACA JUGA: Konsert VS Bola Sepak: Persembahan Coldplay Mungkin ‘Bertembung’ Dengan Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027

BACA JUGA: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB

BACA JUGA: “Kami Minta Maaf Jika Ada Pihak Yang Tak Gembira Dengan Kehadiran Kami Di Malaysia” – Coldplay [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd