Now Reading
Lebih 1 Juta Pengguna UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Hari Ini, 5 Julai

Lebih 1 Juta Pengguna UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Hari Ini, 5 Julai

Tiket pra-jualan bagi pemegang akaun UOB untuk konsert Taylor Swift The Eras Tour di Singapura telah habis terjual sekitar jam 3:00 petang.

Lebih 1 Juta Pemegang Akaun Bank UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Tiket untuk menghadiri konsert jelajah antarabangsa ‘The Eras Tour’ oleh penyanyi terkenal Taylor Swift yang bakal berlangsung selama enam hari di Singapura bukan sahaja menjadi rebutan rakyat Malaysia, malah hampir kesemua negara sekitar Asia.

Mana tidaknya, Swift hanya memilih dua buah negara Asia sahaja untuk membuat konsert ‘The Eras Tour’ iaitu Jepun dan Singapura.

Sudah pasti para peminatnya akan bertungkus-lumus mahu mendapatkan tiket konsert tersebut.


Tiket Pra-Jualan Konsert Taylor Swift Untuk Pemegang Akaun Bank UOB ‘Sold Out’!

Hari ini (5 Julai) merupakan tarikh di mana tiket pra-jualan bagi konsert Taylor Swift dijual bagi penduduk di beberapa buah negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam yang mempunyai akaun bank UOB.

Jualan tiket itu dibuka pada jam 12:00 tengah hari sehingga 9:00 pagi pada 7 Julai ini. Namun belum tamat lagi tempoh pra-jualan, tiket konsert itu sudah habis terjual sekitar jam 3:00 petang hari ini.

Perkara ini turut dimaklumkan sendiri oleh pihak penganjur AEG Present Asia di laman Twitter mereka (@aegpresentsasia).


Para Peminat Taylor Swift Kongsi Pengalaman Ketika Beratur ‘Online’ Ingin Membeli Tiket Pra-Jualan

Topik tentang tiket pra-jualan untuk konsert Taylor Swift menjadi topik hangat di media sosial selepas ramai yang memuat naik gambar ketika mereka sedang ‘beratur’ secara atas talian.

Memetik laporan The Straits Times, lebih dari satu juta orang yang beratur di dalam laman web Ticketmaster dalam tempoh 10 minit pertama pra-jualan konsert Taylor Swift The Eras Tour dibuka.

Memang ramai betul ya!

Walau bagaimanapun, tiket pra-jualan ini agak terhad dan tidak semua orang berjaya untuk mendapatkannya selepas mereka memuat naik hantaran sedih di media sosial.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Namun ada juga peminat yang bertuah selepas mereka berjaya ‘berperang’ untuk membeli tiket bagi melihat konsert Taylor Swfit secara ‘live’ di Singapura.

Bertuah sunggu siapa yang dapat beli tiket.


Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Pada 7 Julai Ini

Kepada anda yang tidak berpeluang untuk mendapatkan tiket ke konsert Taylor Swift hari ini, jangan putus asa kerana satu lagi jualan akan dibuka pada hari Jumaat ini (7 Julai) jam 12:00 tengah hari di laman web Ticketmaster.

Tetapi anda perlu mendapatkan kod akses menerusi e-mel yang dihantar oleh pihak Ticketmaster terlebih dahulu sebelum membuat pembelian tiket. Senang kata, kalau tak ada kod akses itu, memang tipis harapan untuk mendapatkan tiket.

Kod akses itu hanya diberikan kepada mereka yang mendaftar ketika Fan Registration sahaja pada 28 Jun lalu.

Tapi kalau tak mendaftar ketika Fan Registration macam mana?

Jangan risau, anda masih boleh membeli tiket tetapi giliran anda ketika beratur akan diletakkan dalam kategori senarai menunggu dan akan diberikan pautan untuk sertai jualan tiket jika tiket masih belum habis dijual.

Paling penting kalau anda sudah beratur secara atas talian di laman web, jangan ‘refresh’ ya! Kalau tidak, kena beratur semula :’)

Untuk Swifties sekalian, good luck 7 Julai ini!

BACA JUGA: Konsert Taylor Swift Di Singapura Ditambah 3 Hari Lagi

BACA JUGA: Why Does Singapore Get More Mega Concerts Compared To Malaysia? Time To Revamp The Process


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd