Now Reading
Penjualan Semula Tiket Konsert Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang Atau Tidak? Ini Jawapannya

Penjualan Semula Tiket Konsert Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang Atau Tidak? Ini Jawapannya

Menurut Ask Legal, walaupun ia bukan suatu jenayah, tindakan sivil masih boleh diambil berdasarkan kontrak yang antara pembeli dan ejen penjual tiket.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum sedia maklum, penjualan tiket bagi konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour telah habis terjual serta-merta pada hari yang sama iaitu 17 Mei 2023 ketika penjualan umum dibuka untuk orang ramai.

Tidak dinafikan, penjualan tiket konsert tersebut telah membuatkan segelintir peminat berasa kecewa dan kurang senang terhadap sikap individu tidak bertanggungjawab yang membeli tiket untuk tujuan jual balik bagi meraih keuntungan.

Dalam bahasa mudah; ulat tiket ataupun scalper.

BACA JUGA: Fahmi Fadzil Arah SKMM Siasat Iklan Jualan Semula Tiket Konsert Coldplay


Tiket Konsert Coldplay ‘Disambar’ Oleh Ulat Tiket & Scalpers

Isu penjualan semula tiket oleh ulat tiket/scalpers ini sememangnya menjadi isu hangat yang diperbahaskan sejak minggu lalu. Mana tidaknya, tiket yang berharga RM500 pun dijual semula oleh golongan tidak bertanggungjawab ini dengan harga yang tidak masuk akal iaitu mencecah sehingga RM1,500!

Meskipun harga sudah meroket tinggi, masih ada individu yang bersetuju untuk membeli dek kerana terlalu meminati kumpulan Britain ini dan konsert mereka pada November nanti adalah pertama kali diadakan di Malaysia.

Mau tak excited!

Tapi persoalannya ketika ini, adakah penjualan semula tiket dibenarkan di bawah undang-undang negara Malaysia?

Penjualan Semula Tiket Dibenarkan Di Sisi Undang-undang Malaysia Atau Tidak?

Penjualan semula tiket telah banyak berlaku sebelum ini termasuk bagi konsert Blackpink, Justin Bieber dan Ed Sheeran. Malah, ia bukan hanya tertakluk kepada industri konsert, tetapi industri bola sepak dan perkhidmatan bas juga.

Tiada mana-mana seksyen dalam Kanun Keseksaan yang menyentuh berkenaan isu penjualan semula tiket. Akan tetapi, ia tidak bermakna penjualan semula tidak salah di sisi undang-undang.

Menurut Ask Legal, walaupun ia bukan suatu jenayah, tindakan sivil masih boleh diambil berdasarkan kontrak yang antara pembeli dan ejen penjual tiket.

Kes antara Parker dan South Eastern Railway menunjukkan individu iaitu pembeli tiket akan terikat kepada syarat-syarat tiket, sama seperti apabila seseorang menandatangani sebuah kontrak. Oleh itu, penjualan semula tiket tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penjual tiket.

Mengulas lanjut, seorang ahli jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur (KL BAR) Alex Netto, menjelaskan pembeli yang mendapatkan tiket daripada ulat tiket tidak boleh mengenakan tindakan terhadap ejen penjual tiket kerana tiada kontrak yang wujud antara kedua pihak.

Walau bagaimanapun, mereka boleh cuba mengambil tindakan undang-undang ke atas ulat tiket.


Terma & Syarat Untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour

Pihak GoLive Asia untuk konsert Music Of The Spheres World Tour telah menetapkan secara khusus bahawa penjualan semula tiket ditegah sama sekali. Individu yang membeli tiket daripada ulat tiket akan dilarang daripada memasuki konsert tanpa sebarang pampasan.

Jika disemak kembali syarat-syarat yang digariskan oleh GoLive Asia, hanya tiket daripada www.golive-asia.com atau aplikasi GoLive sahaja boleh digunakan untuk masuk ke konsert tersebut.

Malah, pemegang tiket juga dilarang untuk menjual semula tiket sama ada pada harga asal atau harga lebih tinggi, termasuk menerusi laman web bidaan (bidding) dan penjualan semula (resell).

Tiket juga tidak boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan, promosi, mahupun tujuan perdagangan lain seperti pertandingan dan promosi perdagangan untuk meningkatkan permintaan bagi barangan atau servis lain.

Di samping itu, pihak pengurusan konsert dan pekerja juga diberi hak untuk menghalang atau menghalau seseorang yang didapati telah melanggar syarat-syarat tiket.

BACA JUGA: Tiket Coldplay Sudah Mula Dijual Semula Oleh ‘Ulat Tiket’ Setelah Pra-Jualan CIMB


Penjualan Semula Tiket TIDAK Melanggar Undang-undang Di Malaysia

Ketiadaan undang-undang spesifik berkenaan penjualan semula tiket bermaksud aktiviti tersebut tidak salah di sisi undang-undang. Namun begitu, ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh ejen penjual tiket dan tindakan boleh dikenakan di bawah tindakan sivil.

Di samping itu, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, penjualan semula tiket dengan harga yang terlampau mahal boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd