Now Reading
Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura Dengan Bajet RM220 Je! Cukup Untuk Naik MRT, Bas & Makan

Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura Dengan Bajet RM220 Je! Cukup Untuk Naik MRT, Bas & Makan

Antara lokasi menarik di Singapura yang boleh dilawati adalah Gardens by The Bay, Coach Cafe dan Lapangan Terbang Changi.

trip pergi balik johor singapura

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Singapura adalah antara negara yang berhampiran dengan Malaysia dan menjadi lokasi pilihan masyarakat untuk berjalan-jalan.

Disebabkan negara republik itu berjiran dengan Malaysia, jadi ada juga sesetengah individu yang menaiki bas atau tren untuk ke sana selain menggunakan kapal terbang.

Untuk mereka yang tinggal di sekitar Johor Bahru, lagi dekat untuk ke sana. Lima minit je sudah sampai.


Itinerari Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura

Kepada korang yang teringin nak makan angin di Singapura dari Johor Bahru menaiki tren KTM, jom kami bantu anda dari segi itinerari perjalanan. Bab bajet , jangan risau. Tak sampai RM300 pun untuk perjalanan balik hari.

Sebelum bergerak ke Singapura, jangan lupa muat turun aplikasi SG MRT dan City Mapper sebagai panduan korang untuk berjalan dari satu lokasi ke lokasi lain.

Perjalanan Sebelum Tiba Ke Singapura

Perkara penting yang korang kena buat adalah menempah tiket tren KTM. Jom kami beri tunjuk ajar.

  1. Muat turun aplikasi KTMB Mobile untuk memudahkan urusan pembelian tiket kereta api secara atas talian.
  2. Klik pada ‘Shuttle Tebrau’ dan pilih JB Sentral sebagai lokasi berlepas dan Woodlands CIQ sebagai lokasi ketibaan.
  3. Datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu kereta api berlepas kerana anda perlu beratur di kaunter untuk membolehkan pasport diimbas sebagai tiket di pintu masuk.
  4. Selepas turun di pintu masuk, bersedia untuk pemeriksaan kastam.
  5. Selesai beratur di bahagian kastam, anda akan keluar turun ke bahagian ruangan ketibaan kereta api.
  6. Pilih mana-mana tempat duduk di dalam kereta api.
  7. Tunggu sehingga kereta api bergerak untuk meneruskan perjalanan anda memasuki Singapura menerusi pintu masuk Woodlands.
  8. Selepas lima minit, kereta api akan berhenti di Woodlands Train Checkpoint bagi membolehkan penumpang membuat pemeriksaan pasport dan imbasan barangan di bahagian imigresen.
  9. Selesai pemeriksaan imigresen, keluar dari kawasan Woodlands Train Checkpoint dan bergerak ke hentian bas.
  10. Naik bas CW01 ke Kranji dengan harga $1SGD (RM3.34) dan mengambil masa 15 minit untuk tiba di hentian bas MRT Kranji.
  11. Selepas tiba di MRT Kranji, beli kad Ezlink dengan harga $10SGD (RM33.39) untuk membolehkan anda menaiki bas dan MRT di Singapura.

Nota: Kad Ezlink yang dibeli akan mempunyai wang $5SGD di dalamnya. Kemudian kami menambah nilai kad tersebut berjumlah $10SGD dan kini mempunyai baki sebanyak $15SGD.


Tempat Best Yang Korang Boleh Jalan-jalan Di Singapura

Mungkin ada yang terfikir, banyak ke tempat yang boleh pergi di Singapura ini dalam tempoh sehari? Memang banyak ya. Jom kami senaraikan tempat-tempat yang kami sudah pergi sepanjang day trip ini.

#1. Lapangan Terbang Changi
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Daripada MRT Kranji, kami terus menuju ke Lapangan Terbang Changi dengan menaiki MRT dan turun di stesen MRT Changi Airport.

Kemudian dari MRT, korang cari papan tanda yang menuju ke Jewel di Terminal 2 untuk membolehkan korang melihat sendiri air terjun ikonik di Singapura.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Boleh tahan jauh juga ya nak ke sana. Nasib baik berbumbung dan sejuk.

Selain bergambar di hadapan air terjun itu, korang boleh juga pergi ke tingkat atas sekali di Terminal 2 untuk berjalan sekitarnya. Ada banyak kedai makan yang estetik dan sesuai untuk melepak serta bersantai.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

#2. Haji Lane dan Bali Lane

Sudah selesai bergambar di Lapangan Terbang Changi, kami pun kembali ke stesen MRT untuk menuju ke lokasi seterusnya iaitu Bali Lane dan Haji Lane dengan berhenti di stesen MRT Bugis.

Dari stesen MRT, korang kena mula menggunakan aplikasi City Mapper kerana perlu berjalan kaki kira-kira lima minit untuk ke Bali Lane.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Di sana, kami berkunjung ke kedai Pergh Chicks untuk makan tengah hari dengan memesan Nasi Ayam Percik dan Teh O Ais Limau dengan harga RM45 ($13).

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Selesai makan tengah hari, kami pun berjalan di sekitar Haji Lane. Ada banyak juga kafe pencuci mulut di sana.

Oh ya, Haji Lane dan Bali Lane hanya bersebelahan sahaja. Tak jauh pun.

Kami sempat membeli ‘Acai Bowl’ berharga RM35 ($9.90SGD) sebagai pencuci mulut selepas sudah kenyang menikmati makan tengah hari.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
#3. Coach Cafe

Dari MRT Bugis, korang kena pergi pula ke MRT Outram Park kerana destinasi seterusnya adalah ke Coach Cafe! Yes, jenama beg itu juga membuka kafe pertama di dunia dan sangat comel ya!

Disebabkan perut masih belum lapar, jadi kami hanya memesan dua biji donut, secawan vanila milkshake dan secawan air hot chocolate dengan harga RM111 ($32SGD).

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Selepas sudah mengisi perut, bolehlah pergi cuci mata melihat pelbagai koleksi bag dan juga pakaian jenama Coach di dalam bangunan tiga tingkat itu.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
#4. ION Orchard

Jom teruskan perjalanan ke lokasi lain iaitu ke pusat membeli-belah ION Orchard dengan menaiki MRT dari stesen Outram Park ke stesen Orchard.

Di sini, korang kena bergambar dengan patung berwarna-warni di hadapan ION Orchard kerana ia adalah patung ikonik.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
#5. The Shoppes Marina Bay Sands

Kemudian dari MRT Orchard, kami bergerak pula ke MRT Bayfront untuk ke The Shoppes Marina Bay Sands.

Sewaktu kami di sana, kami cukup terpukau dengan dekorasi musim Krismas yang bakal disambut pada bulan Disember ini. Memang cukup elegan dan cantik sungguh ya.

Di sini juga korang dapat tengok ada kolam buatan yang membolehkan pengunjung menaiki sampan dengan bayaran tertentu.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
#6. Gardens by The Bay

Lokasi terakhir adalah Gardens by The Bay. Dari The Shoppes Marina Bay Sands, akan ada jambatan di tingkat paling atas yang menghubungkan ke Gardens by The Bay.

Cuma kekurangannya adalah ia tidak berbumbung. Jadi agak leceh kalau sedang hujan.

Kami memasuki lokasi tumpuan ini tanpa perlu membuat sebarang bayaran dan korang boleh berjalan di bahagian bawah sambil menikmati pemandangan pokok-pokok tinggi yang berlampu.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Jangan lupa untuk tengok persembahan lampu mereka juga. Cukup mempesonakan.


Perjalanan Pulang Dari Singapura Ke Johor Bahru

Akhirnya, tiba masa untuk pulang. Dari MRT Bayfront, kami menuju ke MRT Woodlands dan mengambil bas 911 ke Woodlands Train Checkpoint.

Kemudian, beratur di laluan tren KTM Shuttle Tebrau untuk menuju semula ke Johor Bahru Sentral.


Pecahan Bajet

  • Tren KTM (RM10 untuk pergi balik)
  • E-Sim untuk data Internet Singtel (RM18.90)
  • Kad Ezlink termasuk tambah nilai (RM52)
  • Makan tengah hari (RM45)
  • Pencuci mulut (RM35)
  • Coach Cafe (RM55 seorang)

Jumlah keseluruhan: RM215.90 ($61SGD)


Semoga perkongsian itinerari kami ini dapat membantu korang yang mahu berjalan-jalan di Singapura. Selamat berjalan-jalan!

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Trip Balik Hari KL-Singapura Naik Bas Dari TBS. Jumlah Kos Tak Lebih RM600, Siap Masuk USS!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd