Now Reading
Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda

Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda

Perjalanan memasuki Singapura dari JB Sentral menaiki kereta api hanya mengambil masa lima minit sahaja.

Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Singapura merupakan salah satu negara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila mahu berjalan balik hari dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Nak pergi naik kereta boleh, bas atau kereta api pun boleh.

Sekali sekali tukar angin berjalan di negara lain pula apa salahnya kan? Siapa yang tinggal di Johor, memang lagi dekat nak ke Singapura.


Tips Pertama Kali Memasuki Ke Singapura Naik Kereta Api

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@mekdachannel), wanita ini berkongsi tips kepada mereka yang pertama kali memasuki Singapura menggunakan laluan kereta api dari Johor.

Sumber: Nation Online Project

Katanya kalau naik kereta api, lima minit sahaja sudah memasuki ke Singapura. Nak tahu macam mana? Jom baca perkongsian di bawah.

Cara-caranya:

Sebelum Masuk Ke Singapura

  1. Hantar permohonan ‘SG Arrival Card’ menerusi laman web Immigration & Checkpoints Authority Singapore (ICA).
  2. Muat turun aplikasi KTMB Mobile untuk memudahkan urusan pembelian tiket kereta api secara atas talian.
  3. Klik pada ‘Shuttle Tebrau’ dan pilih JB Sentral sebagai lokasi berlepas dan Woodlands CIQ sebagai lokasi ketibaan.
  4. Datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu kereta api berlepas kerana anda perlu beratur di kaunter untuk membolehkan pasport diimbas sebagai tiket di pintu masuk.
  5. Selepas turun di pintu masuk, bersedia untuk pemeriksaan kastam.
  6. Selesai beratur di bahagian kastam, anda akan keluar turun ke bahagian ruangan ketibaan kereta api.
  7. Pilih mana-mana tempat duduk di dalam kereta api.
  8. Tunggu sehingga kereta api bergerak untuk meneruskan perjalanan anda memasuki Singapura menerusi pintu masuk Woodlands.

Selepas Memasuki Pintu Masuk Woodlands, Singapura

  1. Selepas lima minit, kereta api akan berhenti di Woodlands Train Checkpoint bagi membolehkan penumpang membuat pemeriksaan pasport dan imbasan barangan di bahagian imigresen.
  2. Selesai pemeriksaan imigresen, keluar dari kawasan Woodlands Train Checkpoint dan bergerak ke hentian bas.
  3. Naik bas ke Kranji dengan harga $1SGD (RM3.34) dan mengambil masa 15 minit untuk tiba di hentian bas MRT Kranji.

Selepas Tiba Di Hentian Bas MRT Kranji

  1. Beli kad sim telefon mengikut pakej yang anda mahu.
  2. Beli kad Ezlink dengan harga $10SGD (RM33.39) untuk membolehkan anda menaiki bas dan MRT di Singapura.
  3. Muat turun aplikasi SG MRT bagi memudahkan pergerakan anda menaiki MRT dan berjalan-jalan ke Singapura menggunakan pengangkutan awam.

Selama berjalan-jalan di Singapura. Enjoy!

@mekdachannel

Hai..nak tip ke singapore untuk kali pertama? Video ni untuk korang ✨✨ #triptosingapore #kerjakosongsingapore #traveltosingapore #tiptravel #kerjasingapore

♬ Happy & Pop songs – PeriTune

Tempat-tempat Menarik Yang Anda Boleh Lawati Di Singapura Dengan Menaiki MRT

Zaman sekarang ini, kebanyakan negara sudah mempunyai banyak pengangkutan awam yang membolehkan masyarakat dan pelancong untuk berjalan-jalan dengan lebih mudah dan cepat.

Kalau naik MRT, pejam celik sudah sampai di destinasi.

Antara tempat menarik di Singapura yang boleh dikunjungi dengan menaiki MRT adalah:

  • Merlion Park (MRT Raffles Place)
  • Haji Lane (MRT Bugis)
  • Gardens by The Bay (MRT Bayfront)
  • ION Orchard (MRT Orchard)
  • Coach Cafe (MRT Outram)

BACA JUGA: Trip Balik Hari KL-Singapura Naik Bas Dari TBS. Jumlah Kos Tak Lebih RM600, Siap Masuk USS!

BACA JUGA: Singapura Lancar Pameran Van Gogh: The Immersive Experience Paling Unik Di Dunia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd