Now Reading
Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura

Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura

Antara lokasi yang setiap pelancong akan pergi apabila bercuti di Singapura adalah Merlion Park dan Gardens by the Bay.

jalan di singapura

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Singapura adalah antara negara yang paling hampir dengan Malaysia dan menjadi salah satu lokasi tumpuan ramai untuk bercuti dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.

Nak ‘healing’ seorang diri pun boleh kerana terdapat pelbagai pengangkutan yang boleh digunakan termasuklah kereta api, kapal terbang dan bas ekspres.

Sekali sekala tukar angin berjalan di negara lain pula apa salahnya kan? Terdapat pelbagai lokasi menarik di negara ini yang anda boleh kunjungi.

Artikel berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda


5 Aktiviti Wajib Ketika Anda Berada Di Singapura

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman X (Twitter @qtpieee), wanita ini mencadangkan beberapa aktiviti menarik kepada pelancong yang perlu dilakukan ketika bercuti di Singapura.

Antara aktiviti tersebut adalah seperti:

#1. Aktiviti Menarik Di Singapura: Universal Studio Singapore

jalan-di-singapura
Sumber: Twitter @qtpiee

Tarikan utama yang wujud di Singapura adalah Universal Studio Singapore.

Untuk pengetahuan anda, taman tema ini hanya terdapat di dua lokasi sahaja di negara Asia iaitu di Singapura serta Jepun. Jadi, agak rugi jika anda tidak singgah di sini.

Harga tiket adalah sekitar RM320 dan anda boleh bermain pelbagai jenis ‘ride’ seperti ‘Jurassic Ride’ dan ‘Light, Camera, Action!’.

Kalau tak nak beratur lama di setiap ride, beli ‘Express Pass’ pun berbaloi juga. Bila ada ‘Express Pass’, daripada kena tunggu 40 minit terus jadi 5 minit je.

Satu lagi tips, bawa baju hujan sendiri sebab akan ada ride yang memang basah lencun selepas keluar dari permainan itu. Nak beli di sana pun ada juga, harganya dalam lingkungan $S5 (RM17).

#2. Aktiviti Menarik Di Singapura: Gardens by the Bay

Kepada anda yang mahu menikmati pertunjukan lampu yang memukau, jangan lupa untuk singgah ke Gardens by the Bay pada jam 7:45pm dan 8:45pm.

Jika anda hanya mahu bersiar-siar di bahagian bawah, tiada bayaran yang dikenakan. Tetapi jika anda mahu berjalan-jalan di bahagian atas jambatan, tiket bayaran adalah sekitar $S20 (RM67).

Cloud Forest

jalan-di-singapura
Sumber: Twitter @qtpiee

Selain pertunjukan lampu, antara tarikan lain di Gardens by the Bay adalah Cloud Forest. Apabila anda masuk sahaja ke dalam lokasi ini, memang terasa sejuknya seperti baru lepas hujan.

Boleh tahan besar juga tempatnya dan dianggarkan sekitar satu jam juga kalau nak berjalan-jalan.

Avatar The Experience

jalan-di-singapura
Sumber: Klook

Di dalam Cloud Forest juga terdapat satu lagi pertunjukan lampu iaitu Avatar The Experience.

Pengalaman di lokasi ini seolah-olah rasa seperti magikal katanya kerana persembahan lampu yang cukup memukau.

Flower Dome

jalan-di-singapura
Sumber: Twitter @qtpiee

Untuk peminat flora, anda perlu singgah di Flower Dome kerana ia ibarat taman bunga yang sangat cantik. Terdapat pelbagai jenis bunga yang ada di sini. Semuanya cantik-cantik belaka!

#3. Aktiviti Menarik Di Singapura: Merlion Park

jalan-di-singapura
Sumber: Nation Online Project

Lokasi yang menjadi tumpuan pelancong setiap kali tiba di Singapura sudah pastinya Merlion Park. Kalau anda tidak bergambar dengan tugu singa berwarna putih bersama air pancut itu memang tidak lengkap percutian anda.

Di sini juga anda boleh melihat bangunan ikonik Marina Bay Sands ya. Paling penting, lokasi ini adalah percuma sahaja tanpa sebarang bayaran.

Jika anda mahu bersiar-siar lebih lama di Merlion Park, boleh juga membeli tiket menaiki Singapore River Cruise yang akan berlayar sekitar lokasi ini.

#4. Aktiviti Menarik Di Singapura: Masjid Sultan

jalan-di-singapura
Sumber: Twitter @qtpiee

Masjid Sultan turut menjadi lokasi penting apabila melancong ke Singapura kerana dikatakan antara masjid yang cantik di sini. Selain itu, tempat menarik sekitar masjid ini adalah:

  • Bussorah Street
  • Arab Street
  • Bugis Street

#5. Aktiviti Menarik Di Singapura: Lapangan Terbang Changi Singapura

jalan-di-singapurajalan-di-singapura
Sumber: Twitter @qtpiee

Lapangan Terbang Changi Singapura telah memenangi anugerah sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia di Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax untuk kali ke-12.

Artikel Berkaitan: Singapore’s Changi Wins The “Oscars For Airports”

Bukan sahaja menjadi lokasi untuk menaiki kapal terbang, malah terdapat pelbagai aktiviti menarik di sini seakan pusat membeli-belah. Nak tengok wayang, bersukan, ‘canopy walk’ dan sebagainya, semuanya ada sini.

Paling penting, jangan lupa untuk bergambar di lokasi air terjun yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan hijau sekitarnya.

Artikel Berkaitan: Lapangan Terbang Changi Lancar Ciri Baru Dalam Aplikasi Untuk Mudahkan Pelancong Cari Bagasi


Tips Untuk Menjimatkan Lagi Kos Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Singapura

Kalau anda mahu lebih jimat lagi, berikut adalah tips yang dikongsikan:

  • Naik bas sehingga ke Johor Bahru (JB) dan dapat jimat sekurang-kurangnya RM50.
  • Makan di gerai atau bawa bekal sendiri. Elakkan makan di dalam taman tema.
  • Bawa baju hujan sendiri dan beg kecil supaya tidak perlu sewa loker.

Selamat berjalan!

Artikel Berkaitan: Trip Balik Hari KL-Singapura Naik Bas Dari TBS. Jumlah Kos Tak Lebih RM600, Siap Masuk USS!

Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda

Artikel Berkaitan: Singapura Lancar Pameran Van Gogh: The Immersive Experience Paling Unik Di Dunia

Artikel Berkaitan: Stranger Things Encounter Di Singapura Tawar Pengalaman Yang Bermula Di Hawkins [Review]

Sumber: X (Twitter @qtpieee)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd