Now Reading
Stranger Things Encounter Di Singapura Tawar Pengalaman Yang Bermula Di Hawkins [Review]

Stranger Things Encounter Di Singapura Tawar Pengalaman Yang Bermula Di Hawkins [Review]

Stranger Things Encounter ini terletak di Bugis+, 201 Victoria St, Singapura bermula 30 Jun sehingga 1 Oktober 2023.

stranger things encounter singapore

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Syarikat Mighty Jaxx bekerjasama dengan Netflix mengumumkan pengalaman yang mendebarkan iaitu “Stranger Things – The Encounter: Singapura” pertama kali dibawakan di Asia.

Dalam pengalaman ini, anda akan menjelajahi bilik-bilik yang direka dengan teliti dan melihat lokasi-lokasi ikonik dari alam semesta Stranger Things.

Anda akan teruja dengan teknologi multimedia terkini dan titik-titik interaktif yang disertakan. Bagi peminat setia, terdapat “easter eggs” yang terselit di beberapa sudut untuk anda cari.

Anda juga akan dapat merasai sendiri adegan-adegan ikonik dari siri Stranger Things ini yang bakal dihidupkan melalui kesan khas dan teknologi canggih.

Setelah membuktikan keberanian mereka dan mengalahkan Vecna, para pengunjung boleh menikmati beberapa snek Starcourt Mall di mana lokasi itu dikurasi dengan kerjasama jenama tempatan iaitu Burnt Cones dan Papi’s Tacos.

Stranger Things Encounter, Singapura Dicipta Menerusi Teknologi Canggih & Kreativiti Tanpa Batas Oleh Team Mighty Jaxx

Stranger Things telah memikat penonton di seluruh dunia, menjadikannya salah satu francais Netflix dan di Mighty Jaxx, kami sangat berbesar hati untuk membawa perjalanan peminat ke tahap baru melalui pengalaman yang menyeronokkan ini di Singapura dengan Stranger Things – The Encounter.

Jackson Aw, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di Mighty Jaxx.
Jackson dalam masa sama turut menjelaskan teknologi canggih dan kreativiti tanpa batas Mighty Jaxx yang mampu mencipta semula pengalaman luar biasa dengan kepakaran dan kraftangan rakan kongsi mereka membuatkan peminat siri Stranger Things boleh menjangkakan pengembaraan tiada tandingan yang melintasi alam nyata serta digital.

Dicipta dengan kerjasama Lucid Entertainment dan Dezign Format, Stranger Things – The Encounter: Singapura menggabungkan dekad pengalaman mereka dalam hiburan yang menyeronokkan dan reka bentuk inovatif, mencipta suasana yang mempengaruhi semua deria dan membolehkan peminat dibawa terus ke dalam dunia siri kegemaran ramai ini.

Hellfire Club.

[Review] Team TRP ‘Terjun’ Ke Dalam Dunia Stranger Things: Pengembaraan Yang Bermula Di Hawkins!

Verdict?

Melalui The Encounter, kami sangat teruja dengan bilik-bilik yang direka dengan teliti di mana ia merupakan lokasi-lokasi ikonik dari alam semesta Stranger Things yang telah dihidupkan melalui teknologi multimedia terkini dan titik-titik interaktif, dengan ‘easter eggs’ diletakkan untuk mereka yang memiliki mata yang tajam.

Perjalanan kami bermula di Palace Arcade seterusnya membawa kami ke dalam permainan fantasi yang mendebarkan di Hellfire Club. Dari situ, kami dibawa masuk ke Ruang Tamu Joyce Byers di mana lampu Krismas berkelipan.

Joyce’s House.
Joyce’s House.

Bukan setakat itu sahaja, sesuatu yang menyeramkan menanti kami di The Lab di mana terdapat suatu sudut yang menarik kami ke dalam alam lebih gelap… menuju ke The Upside Down serta kehadiran Creel House dan Vecna menanti!

The Lab.
Creel’s House.
Hawkins Lab.

P.S: Kami cuba untuk tak beri terlalu banyak info untuk korang cuba sendiri.


Alami Sendiri Pengalaman Interaktif Dengan XPass Dari Mighty Jaxx

Peminat tegar Stranger Things pasti akan teruja dan ingin mencuba sendiri pengalaman berada di alam siri yang menarik ini. Korang boleh mendapatkan XPass ekslusif dari Mighty Jaxx untuk merasai pengalaman luar biasa!

Korang juga akan dapat mengumpulkan aset digital diberi nama ‘FRGMNTS’ yang terdapat di sepanjang The Encounter; membuka elemen-elemen ikonik Stranger Things yang pelbagai di dalam XPass mereka dan akan berakhir dengan koleksi digital unik buat setiap pengunjung.

Di Starcourt Mall, pengunjung dapat menggunakan XPass untuk memperibadikan (personalised) barangan seperti t-shirt dan tote bag. Nak letak nama sendiri pun boleh.

Might Jaxx Berkolaborasi Dengan Jenama Ekslusif

Untuk rekod, Mighty Jaxx juga mengumumkan telah berkolaborasi dengan jenama-jenama terkenal di Singapura untuk membawakan koleksi kerjasama eksklusif ini.

Pengunjung akan menemui pelekat khas daripada jenama Nom yang terkenal dengan gaya eksentrik. Jenama Wheniwasfour pula menghadirkan sebuah cawan eksklusif menggabungkan elemen Stranger Things dengan rumah pangsa ikonik Singapura, mencipta sebuah karya seni unik.

Posterhub iaitu pakar dalam mencetak seni pula menawarkan cetakan poster yang memukau sebagai kenangan untuk pengalaman ini. Bukan itu sahaja, korang juga boleh merasai sendiri coklat dari Mr. Bucket Chocolaterie yang terinspirasi daripada elemen fantastik Stranger Things.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Stranger Things – The Encounter: Singapura yang berlangsung dari 30 Jun hingga 1 Oktober 2023 di Bugis+.

Korang boleh datang secara walk-in tetapi pastikan korang sudahpun mendapatkan tiket terlebih dahulu di strangerthingsencounter.com!

Oh! Jangan lupa juga untuk follow @strangerthings.encounter di Instagram untuk updates terkini.


Stranger Things Encounter, Singapura

  • Lokasi: Bugis+, 201 Victoria St, Singapura 188067, Tingkat 2 Stranger Things Encounter – Visitor Center dan Tingkat 7 Stranger Things Encounter – Stranger Things Encounter – Event Hall
  • Harga tiket bermula dari:
    • S$15 (RM51.91) untuk akses ke kawasan Starcourt.
    • S$39 (RM134.95) untuk pengalaman penuh dan Mega Merchandise Bundle Pack.
    • S$109 (RM377.17). untuk Priority Pass.
  • Terdapat juga peluang untuk menangkap gambar secara percuma di Tingkat 2.
  • Waktu operasi:
    • Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis: 2PM – 10PM.
    • Jumaat, Sabtu dan Ahad: 10AM – 10PM.
    • Slot tersedia setiap setengah jam.
    • Pengalaman audiovisual yang menyeronokkan ini akan berlangsung selama 45 minit.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd