Now Reading
Singapura Lancar Pameran Van Gogh: The Immersive Experience Paling Unik Di Dunia

Singapura Lancar Pameran Van Gogh: The Immersive Experience Paling Unik Di Dunia

Pameran Van Gogh: The Immersive Experience di Resorts World Sentosa (RWS), Singapura dibuka bermula 1 Mac dengan harga serendah RM50.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penggemar seni Van Gogh di Malaysia mesti ramai yang teringin untuk pergi pamerannya kan?

Sebelum ini, pameran seni Van Gogh: The Immersive Experience hanya dilakukan di luar negara sahaja melibatkan seluruh Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Kini, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk menghayati seni Van Gogh dengan berkunjung ke sebuah pameran multmedia ‘Van Gogh Alive’ di Pavilion Bukit Jalil.

Pameran ini dibuka setiap hari kepada orang awam bermula 17 Disember 2022 ini sehingga 16 Mac 2023.

Antara karya seni yang dipamerkan dalam bentuk digital adalah seperti The Starry Night dan Sunflower.

Sumber: Murni Azman/TRP

Penulis sendiri sudah pernah pergi ke pameran ‘Van Gogh Alive’ itu dan memang cukup mengagumkan. Siap boleh tengok sendiri macam mana bilik Van Gogh.

Selain itu, banyak juga tempat menarik untuk bergambar dan yang paling best, anda boleh ‘menghidupkan’ bunga matahari secara digital dengan menyuluhkan lampu menghampiri skrin.

Memang seronok!

BACA JUGA: Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka 17 Disember Ini

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pameran Van Gogh: The Immersive Experience Bakal Dibuka Pertama Kali Di Resorts World Sentosa, Singapura

Pengalaman seni digital imersif 360 darjah di pameran Van Gogh: The Immersive Experience ini bakal meluaskan sayapnya apabila buat pertama kalinya ia dibuka di Singapura di Resorts World Sentosa (RWS), B1 Forum.

Dengan diterajui oleh H&B serta kerjasama bersama Exhibition Hub, Fever, dan RWS, masyarakat Singapura juga kini berpeluang untuk menghayati karya seni Van Gogh.

Ketua Pegawai Eksekutif H&B, Michael Lee juga dengan penuh gembiranya meluahkan bahawa pameran Van Gogh: The Immersive Experience ini menjadi salah satu impiannya untuk membawanya ke Singapura.

Salah satu impian H&B adalah untuk berkongsi keindahan seni dalam pelbagai bentuk dengan Singapura, dari patung dan lukisan hingga ke Pengalaman seni digital yang imersif. Kami sangat gembira untuk menganjurkan pameran unik ini dengan kerjasama Resorts World Sentosa, Exhibition Hub dan Fever untuk membuat debut Van Gogh: The Immersive Experience di destinasi rekreasi gaya hidup premium di Asia Tenggara, Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif H&B, Michael Lee.
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Dalam pada itu, Naib Presiden Gaya Hidup RWS Scott Peterson menjelaskan bahawa pengunjung menjadi keutamaan mereka dengan meningkatkan daya tarikan pelancong ke destinasi RWS.

Malah, penganjuran pameran Van Gogh: the Immersive Experience ini juga dilihat bukan sahaja dapat menarik pengunjung dari Singapura tetapi juga masyarakat di seluruh dunia.

Van Gogh: The Immersive Experience telah menawan tetamu di seluruh dunia dengan teknologi maju dalam pengalaman seni imersif. Kami gembira untuk memperkenalkan pameran yang menarik seperti ini dan juga membawa pengalaman interaktif yang terkenal kepada tetamu kepada pengunjung di Singapura serta seluruh dunia. Penganjuran pameran ini menandakan dedikasi teguh dan tidak berbelah bahagi untuk membuka jalan dalam meningkatkan tawaran untuk pengunjung kami menikmati pengalaman gaya hidup yang tiada tandingan di RWS.

Naib Presiden Gaya Hidup RWS, Scott Peterson.
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Apa Yang Ada Di Pameran Van Gogh: The Immeersive Experience di Singapura?

Dengan keluasan melebihi 17,000 kaki persegi serta dikelilingi digital 360 darjah, pameran ini bakal mempersembahkan sekurang-kurangnya 300 sketsa, lukisan dan gambaran karya Vincent Van Gogh.

Dan yang paling menarik, pengunjung boleh duduk dan menikmati keajaiban seniman Belanda ini daripada setiap sudut apabila projeksi digital bakal dipamerkan.

Segmen Seni Tradisional Jepun

Pameran Van Gogh di Singapura menampilkan keistimewaanya tersendiri dengan menampilkan dua segmen unik buat pertama kali di dunia Van Gogh: The Immersive Experience.

Oleh kerana Van Gogh mempunyai minat yang sangat tinggi dalam gerakan ‘Japonisme’ dan mempengaruhi gaya lukisan beliau termasuklah ‘Geisha’, pameran edisi di Singapura juga bakal menampilkan seni tradisional Jepun gaya stempel dan cetakan kayu.

Seni kuno pembuatan stempel kayu Jepun menjadi terkenal di Perancis pada tahun 1880-an, di mana Van Gogh melihat impak yang diberikan oleh bentuk seni oriental ini terhadap seni barat.

Sebagai penghormatan kepada budaya Jepun, satu upacara teh matcha yang asli juga diadakan.

Para pengunjung dapat menikmati rasa matcha segar selepas tamat upacara tersebut. Upacara teh matcha juga merupakan proses tradisional yang telah lama terpahat dalam budaya Jepun selama beribu-ribu tahun sebagai bentuk seni unik yang dikaitkan dengan prinsip ‘Wabi-Sabi’.

Pengalaman VR “A Day in the Life of the Artist”

Tidak cukup setakat itu sahaja, pengunjung juga boleh ‘masuk’ sendiri ke dunia Van Gogh selama 10 minit dengan pengalaman Realiti Maya (VR) yang diberi nama “A Day in the Life of the Artist”.

Pengalaman VR itu diinspirasikan dari beberapa karya Van Gogh termasuklah Vincent’s Bedroom at Arles dan Starry Night Over The Rhone River.

Mencipta Karya Seni Tersendiri

Di studio lukisan, hasil karya pengunjung menjadi sebahagian daripada pertunjukan, di mana mereka boleh menjadi seniman sendiri dengan mencipta semula karya seni dari pameran.

Bukan sahaja boleh mencipta karya seni sendiri, pengunjung juga boleh mengimbas kod bar ‘on-site’, kemudian menukarkannya kepada representasi digital yang boleh digunakan sebagai latar belakang foto eksklusif mereka.

Aktiviti Tambahan Selepas Selesai Lawati Pameran

Selepas anda selesai mengunjungi pameran, pengunjung boleh menikmati hidangan di kafe tematik yang menawarkan manisan Janice Wong serta barangan eksklusif.

Terdapat juga pelbagai aktiviti dan program untuk semua peringkat umur, dari kelas yoga hingga sesi ‘art jamming’ dan banyak lagi!


Van Gogh: The Immersive Experience akan dibuka kepada orang awam bermula dari 1 Mac 2023. Tiket boleh didapati sekarang dengan harga bermula dari S$15 (RM50) untuk kanak-kanak dan S$24 (RM80) untuk dewasa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka [DI SINI].

BACA JUGA: ‘Get Cultured’ Before You Visit The Van Gogh Alive Exhibition


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd