Now Reading
Lapangan Terbang Changi Lancar Ciri Baru Dalam Aplikasi Untuk Mudahkan Pelancong Cari Bagasi

Lapangan Terbang Changi Lancar Ciri Baru Dalam Aplikasi Untuk Mudahkan Pelancong Cari Bagasi

Pengarah Urusan Changi Airport Group (CAG) Encik Yeo Kia Thye memaklumkan ciri penjejak bagasi dalam aplikasi iChangi itu merupakan yang pertama di Asia Tenggara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali kita melancong ke mana-mana sama ada di dalam atau luar negara, benda yang paling wajib kena ada adalah beg bagasi.

Beg bagasi ini penting untuk dibawa bagi memudahkan para pelancong membawa segala pakaian dan alatan penting ketika bercuti.

Namun ada juga segelintir pelancong yang terpaksa berdepan situasi di mana beg bagasi mereka dikatakan hilang di lapangan terbang selepas tiba di destinasi. Susah kalau bagasi yang ada pelbagai jenis barangan penting kita tiba-tiba ‘lesap’.

BACA JUGA: Bagasi ‘Lesap’ Selama 3 Tahun Kini Ditemui Kembali. Ajaib!

Lapangan Terbang Changi Perkenal Ciri Baharu Untuk Pelancong Jejak Status Bagasi

Bagi memudahkan lagi urusan para pelancong yang membuat perjalanan udara dan mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura, pengurusan lapangan terbang mereka telah melancarkan satu ciri baharu yang sangat inovatif.

Sumber: CNN

Pihak lapangan terbang Singapura telah memperkenalkan satu ciri baharu di dalam aplikasi iChangi yang membolehkan para pelancong menjejaki status beg bagasi mereka ketika anda membuat perjalanan udara dari Changi atau mendarat di sini.

Para penumpang juga akan diberikan butiran terkini berkaitan bagasi mereka di lapangan terbang sekiranya berlaku sebarang penangguhan akibat cuaca buruk dan sebagainya.

Buat masa ini, inisiatif yang dilancarkan pada 12 Disember lalu tersebut hanya tersedia buat penumpang di 35 syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines, Finnair, Jetstar Asia dan Air India.

Sumber: Changi Airport/Facebook

Aplikasi ini juga boleh digunakan buat mereka yang tiba ke lapangan terbang ini di Terminal 2 dan 3. Dalam pada itu, inisiatif tersebut akan mula diperkenalkan di Terminal 1 dan 4 menjelang awal tahun 2023.

Aplikasi Penjejak Bagasi Pertama Di Lapangan Terbang Asia Tenggara

Pengarah Urusan Changi Airport Group (CAG) Encik Yeo Kia Thye dalam satu sidang media berkata, fungsi penjejak bagasi ini merupakan yang pertama dilancarkan di dalam sebuah lapangan terbang di Asia Tenggara.

Inovasi bagasi yang baru dilancarkan ini merupakan salah satu langkah kami bagi membantu penumpang menjejaki di mana beg mereka berada semasa penerbangan mereka. Dengan cara ini, ia dapat memberikan mereka lebih ketenangan dari proses daftar masuk sehingga tiba di destinasi.

Pengarah Urusan Changi Airport Group (CAG) Encik Yeo Kia Thye

CAG juga berkata aplikasi ini telah diuji terlebih dahulu dalam kalangan kakitangan lapangan terbang sebelum dibuka untuk kegunaan orang awam.

Sumber: Tnp.sg

Walau bagaimanapun, aplikasi ini masih dalam format percubaan beta yang tersedia dalam aplikasi iChangi dan anda boleh memuat turunnya menerusi Google Play Store juga Apple App Store.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd