Singapura Bakal Jadi Negara ‘Bebas Pasport’ Di Lapangan Terbang Changi Mulai 2024
Penumpang di Lapangan Terbang Changi di Singapura akan menggunakan teknologi data biometrik dan tidak memerlukan lagi dokumen pasport untuk keluar masuk negara itu menjelang 2024.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pasport adalah salah satu dokumen penting setiap kali mahu melancong ke luar negara. Kalau terlupa atau tertinggal di rumah ketika sudah tiba di lapangan terbang, memang kena patah baliklah jawabnya.
Buku merah ini bukan sahaja perlu dibawa bersama, malah anda harus memastikan ia tidak tamat tempoh. Kalau sudah bawa tapi ‘expired’ pun tak guna juga.
Ini kerana isu pasport tamat tempoh sebelum ini pernah tular sehingga menyebabkan percutian sebuah keluarga terpaksa ditangguhkan.
Artikel Berkaitan: Impian Ibu Nak Bawa Anak-anak Bercuti Naik Kapal Hancur Kerana Lupa ‘Renew’ Pasport
Pelancong Tidak Perlukan Lagi Pasport Di Lapangan Terbang Changi Mulai Tahun 2024
Mungkin kedengaran agak pelik tetapi benar bahawa pelancong yang keluar masuk dari Lapangan Terbang Changi di Singapura tidak memerlukan pasport lagi bermula tahun 2024.
Memetik sumber CNN, lapangan terbang tersebut bakal memperkenalkan sistem pelepasan imigresen dan laluan automasi dengan hanya menggunakan data biometrik.
Dengan penggunaan teknologi ini, Singapura akan menjadi sebahagian daripada negara terawal di dunia seiring dengan Dubai dalam kemajuan di lapangan terbang.
Menteri Komunikasi Singapura, Josephine Teo memaklumkan pengguna data biometrik ini telah mula digunakan di Singapura bagi melancarkan perjalanan para penumpang.
Perubahan ini dapat mengurangkan keperluan untuk penumpang berulang kali menunjukkan dokumen perjalanan mereka seperti pas menaiki pesawat dan pasport di tempat pemeriksaan sekali gus menjadikan pemprosesan penumpang lebih lancar serta selesa.
Menteri Komunikasi Singapura, Josephine Teo.
Walau bagaimanapun, dokumen pasport masih diperlukan jika melancong di luar Singapura kerana tidak semua negara menawarkan pelepasan bebas pasport kepada para pelancong.
Lapangan Terbang Changi Adalah Antara Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia
Umum sedia maklum, Lapangan Terbang Changi di Singapura telah dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik di dunia pada tahun 2023.
Mana tidaknya, pelbagai kemudahan dan tarikan menarik yang disediakan di lapangan terbang berkenaan. Cakap je anda nak buat apa. Tengok wayang, bersukan, membeli-belah, semuanya ada.
Selain itu, Lapangan Terbang Changi adalah antara yang terbaik dari segi teknologi kemajuannya.
Sebelum ini, pihak pengurusan mereka telah memperkenalkan satu ciri baharu di dalam aplikasi iChangi yang membolehkan para pelancong menjejaki status beg bagasi mereka ketika anda membuat perjalanan udara dari Changi atau mendarat di sini.
Artikel Berkaitan: Lapangan Terbang Changi Lancar Ciri Baru Dalam Aplikasi Untuk Mudahkan Pelancong Cari Bagasi
Artikel Berkaitan: Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura
Artikel Berkaitan: Nak Travel Tapi Baru Sedar Pasport ‘Expired’? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Sumber: CNN | World Airport Awards
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.