Joe Biden Disaman Gara-gara Gagal Halang Genosid Di Palestin
Pusat Hak Perlembagaan di New York telah memfailkan saman terhadap Joe Biden bersama pentadbiran Amerika Syarikat kerana tidak menghalang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terdahulu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan tiada sebarang gencatan senjata bakal dilakukan dalam peperangan ke atas Palestin.
Walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa bantuan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan manusia, namun serangan udara, air dan darat masih berterusan sehingga ke hari ini (16 November).
Jelas Netanyahu, dia menyifatkan gencatan senjata tersebut adalah seperti menyerah kepada pejuang Hamas.
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza
Joe Biden Disaman Kerana Gagal Halang Pembunuhan Beramai-ramai
Baru-baru ini, sebuah organisasi advokasi undang-undang, Pusat Hak Perlembagaan (CCR) yang berpusat di New York telah memfailkan saman terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden serta kakitangan pentadbirannya.
Fail saman itu dilakukan kerana dia gagal menghalang pembunuhan secara beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Selain itu, saman itu bertujuan untuk mewajibkan penguatkuasaan undang-undang dan moral asas serata dunia iaitu untuk mencegah genosid serta kemusnahan rakyat.
“Tindakan berkenaan dilakukan bagi beberapa pihak kumpulan Palestin termasuk Al-Haq dan Defence for Children International,” kata CCR.
CCR Dakwa Genosid Di Palestin Sebab Sokongan Tanpa Syarat Oleh Joe Biden Dengan Pentadbiran
CCR menjelaskan bahawa pembunuhan kejam secara beramai-ramai terhadap rakyat tidak bersalah di Palestin dipercayai berlaku kerana sokongan tanpa syarat oleh Joe Biden, Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin.
“AS adalah sekutu terdekat dan penyokong terkuat Israel yang menyediakan bantuan ketenteraan dengan margin besar.
“Israel juga adalah penerima terbesar bantuan asing AS sejak Perang Dunia kedua. AS sebenarnya mempunyai cara untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza,” tambah organisasi itu.
Walaupun ribuan nyawa orang awam terkorban telah dilaporkan, namun negara terbabit masih menolak seruan gencatan senjata serta mengehadkan bantuan ketenteraan AS oleh Israel.
Bukan itu sahaja, Biden bersama pentadbirannya juga telah bekerjasama bersama kerajaan Israel untuk memusnahkan penduduk Palestin dalam peperangan yang sudah berlanjutan lebih daripada sebulan.
Jumlah Mangsa Korban Di Palestin Meningkat
Peguam kanan di CCR Katherine Gallagher berkata, kawasan kejiranan, hospital dan tempat perlindungan untuk warga Palestin telah dibom.
“AS mempunyai kewajipan yang jelas untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai. Mereka gagal dalam memenuhi kewajipan undang-undang dan moral untuk menggunakan kuasa besar mereka bagi menamatkan kengerian ini,” ujar Gallagher.
Semalam (15 November), setakat jam 6 petang, pejabat media kerajaan Hamas telah melaporkan bahawa sejumlah 11,500 ribu nyawa penduduk Palestin telah terkorban.
Untuk makluman semua, jumlah mangsa yang tercedera turut meningkat kepada 29,800 orang berbanding 29,200 kelmarin (14 November).

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Presiden Jokowi Bersemuka Dengan Joe Biden Minta Gencatan Senjata Di Gaza Dikagumi Netizen
Baca Artikel Berkaitan: “Angka Kematian Akan Meningkat” – UNICEF Seru Gencatan Senjata Dengan Kadar Segera
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram