Now Reading
“Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza

“Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza

Netanyahu menyifatkan gencatan senjata adalah seperti menyerah kepada pejuang Hamas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum tentang peperangan yang sedang berlaku di antara pejuang Palestin dan Zionis Israel ketika ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, lebih 8,300 nyawa telah syahid di medan peperangan.

Walaupun Ketua Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Philippe Lazzarini sebelum ini menggesa Majlis Keselamatan PBB mengurangkan serangan terhadap Palestin, namun pihak Zionis masih tidak mengendahkan seruan itu.


Netanyahu Berkata Tiada Gencatan Senjata Bakal Dilaksanakan

Seperti Isnin (30 Oktober) lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan tiada sebarang gencatan senjata bakal diadakan dalam peperangan ke atas Palestin.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan walaupun PBB telah memberi amaran bahawa bantuan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan manusia.

Menerusi taklimat dengan akhbar asing, Netanyahu menyifatkan gencatan senjata adalah seperti menyerah kepada pejuang Hamas.

Menurut Netanyahu, Hamas didakwa telah membunuh sejumlah 1,400 individu dan menjadikan lebih 230 penduduk Israel sebagai tebusan.

“Gesaan untuk gencatan senjata adalah seruan untuk Israel menyerah kepada Hamas dan keganasan.

“Ini tidak akan berlaku, kita akan berperang,” katanya yang turut berikrar Israel akan berjuang sehingga menang pertempuran.

Tambah beliau, Amerika Syarikat (AS) juga telah membantah kepada cadangan untuk melakukan gencatan senjata.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby dalam masa sama turut tidak bersetuju untuk berhenti berperang seketika bagi menghulurkan bantuan ke Gaza.

Sumber: AFP Via Berita Harian

Bantuan Kemanusiaan Mula Memasuki Gaza Dari Mesir

Dalam pada itu, kebimbangan mengenai krisis kemanusiaan kian meningkat susulan penghantaran kereta kebal Israel ke pinggir bandar Gaza.

John Kirby berkata bahawa Washington, AS juga yakin akan berlaku peningkatan bilangan trak bantuan ke Gaza iaitu kira-kira 100 buah sehari melalui persimpangan Rafah dengan Mesir.

Bantuan yang terhad sudah mula memasuki Gaza dari Mesir di bawah perjanjian dengan AS, namun jumlahnya masih sedikit berbanding ratusan trak sehari yang dikatakan oleh agensi bantuan.


Israel Lancarkan Serangan Udara Ke 300 Sasaran Di Gaza

Pada waktu petang selepas pengumuman Netanyahu tentang tiada gencatan senjata, tentera Israel telah dilaporkan berperang dengan Hamas di Gaza dengan menyerang sejumlah 300 sasaran.

“Serangan udara membabitkan 300 sasaran termasuk tapak pelancaran peluru berpandu dalam kawasan tentera di terowong milik Hamas,” dalam satu kenyataan oleh tentera Israel.

Bukan itu sahaja, beberapa pertempuran dilaporkan berlaku di utara wilayah Palestin setelah pasukan Israel melepaskan peluru berpandu anti kereta kebal dan tembakan senjata automatik.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Akan Halang Usaha Elon Musk Untuk Tawar Starlink Ke Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Duta Malaysia Di Amerika Syarikat Bertegas Tidak Simpati Pada Israel

Baca Artikel Berkaitan: Israel ‘Tunduk’ Arahan Amerika Syarikat, Diminta Tangguh Serangan Darat Guna Kereta Kebal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd