Now Reading
Duta Malaysia Di Amerika Syarikat Bertegas Tidak Simpati Pada Israel

Duta Malaysia Di Amerika Syarikat Bertegas Tidak Simpati Pada Israel

Pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat menghubungi Nazri Aziz dan bertanya sama ada Malaysia akan menyatakan rasa simpati terhadap nasib rakyat Israel.

nazri aziz palestin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu yang berlaku di Palestin mendapat perhatian seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia sendiri yang menghulurkan pelbagai jenis bantuan berbentuk dana dan menyebarkan kesedaran di media sosial.

Boleh dikatakan segelinitir besar rakyat Malaysia berpihak kepada Palestin dan menyatakan kebencian mereka terhadap Israel dengan melancarkan kempen #IsraelCuak.

Artikel Berkaitan: Kempen #IsraelCuak Tanda Sokongan Rakyat Malaysia Terhadap Palestin

Memetik sumber Harian Metro, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga secara jelas memberi pendapat bahawa tindakan Israel yang mengebom hospital di Gaza sebagai ‘gila’ dan tidak berperikemanusiaan


Amerika Syarikat Kurang Senang Dengan Kenyataan Berkeras Malaysia Yang Tidak Mahu Menyokong Israel

Terbaharu, pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menghubungi Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap sikap berkeras Malaysia kepada Israel.

Memetik sumber Astro Awani, pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat menghubungi Nazri dan bertanya sama ada Malaysia akan menyatakan rasa simpati terhadap nasib rakyat Israel.

Nazri menegaskan kerajaan Malaysia dan rakyatnya yang waras tidak akan bersimpati terhadap Israel kerana negara kuasa-kuasa besar juga tidak prihatin dengan nasib rakyat Palestin.

Sumber: News Naratif

Negara-negara kuasa besar tidak pernah menyatakan rasa simpati terhadap nasib kanak-kanak dan warga tua Palestin yang berpuluh tahun menderita akibat tindakan tidak berperikemanusiaan Israel. Mana mungkin Malaysia akan memberikan simpati kepada pihak yang bertindak tanpa perikemanusiaan seperti rejim Israel.

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Malah, pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat turut mempersoalkan sokongan Malaysia terhadap Hamas yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong perjuangan Palestin.

Nazri menjelaskan sokongan Malaysia terhadap Hamas tidak sepatutnya dipertikaikan kerana menghormati keputusan rakyat Palestin di Gaza yang memilih Hamas sebagai pemerintah mereka.

Di Malaysia hanya mereka yang mengalami masalah mental sahaja akan menyokong apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Malaysia juga tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan mana-mana pihak atas sokongan yang diberikan kepada Hamas dan Palestin.

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri turut menggesa agar Israel menghentikan pengeboman di bumi Gaza yang dianggap tidak berperikemanusiaan.

Sumber: MalayMail

Malaysia Bersolidariti Dengan Perjuangan Rakyat Palestin

Meskipun berada dari jarak jauh, namun rakyat Malaysia lantang mengkritik tindakan Israel terhadap Palestin.

Kebanyakan platform media sosial juga setiap hari dipenuhi dengan kesedaran tentang isu Palestin yang sedang berlaku.

Sokongan yang dilihat dari rakyat Malaysia ini juga ditunjukkan oleh individu berpengaruh seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Khairul AmingMira FilzahDaiyan Trisha dan Vivy Yusof.

Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin

Artikel Berkaitan: Ini 6 Cara Untuk Elak Akaun Media Sosial Anda Disekat Kerana Kongsi Isu Palestin

Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd