Now Reading
“The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin

“The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin

Sumbangan RM100,000 dari KA kepada CGM adalah bagi membantu menyediakan barang keperluan seperti bahan api, ubat-ubatan, makanan dan peralatan keselamatan buat mangsa yang terjejas di Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum tentang situasi yang sedang berlaku di bumi Gaza pada ketika ini iaitu peperangan antara pejuang Palestin dan tentera Zionis Israel.

Lebih menyayat hati apabila ribuan mangsa syahid termasuk bayi dan wanita dalam pergolakan yang berlaku selama sembilan hari tersebut. Bahkan ada juga penduduk awam yang maut dalam pertempuran.

Bukan itu sahaja, keperluan asas penduduk di Gaza seperti makanan dan minuman serta bekalan elektrik juga telah disekat oleh pihak musuh.


Khairul Aming Sumbang RM100 Ribu Kepada Rakyat Gaza

Cakna tentang situasi yang berlaku, influencer media sosial dan pengasas produk Sambal Nyet, Khairul Aming telah memuat naik satu ciapan di laman X (Twitter @khairulaming) mengatakan dia menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi membantu rakyat Palestin terkesan.

Derma yang diberikan tersebut difahamkan adalah hasil daripada jualan produk makanannya iaitu Sambal Nyet.

“Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni,” katanya dalam hantaran sama.


Khairul Aming Seru Sumbangan Orang Ramai Untuk Bantu Penduduk Palestin

Khairul Aming juga menyeru orang ramai agar sama-sama menderma bagi mencapai dana sasaran CGM iaitu sebanyak RM10,000,000 untuk menyediakan barang keperluan seperti bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan keselamatan dan lain-lain.

“Tak lama lagi bumi Gaza akan masuk musim sejuk,” kata influencer itu.

Buat mereka yang berniat untuk menderma, anda boleh salurkan sumbangan melalui pautan link diletakkan pada semua profil media sosial Khairul Aming atau layari https://t.co/Wj1qLD3MCG atau menerusi akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia: 5648 1050 7826 bersama rujukan ‘Emergency’.

“Kalau anda tak dapat menderma, jangan sesekali risau. Yang penting kita bantu dengan doa, ambil tahu dan sebarkan awareness sebanyak mungkin,” ujarnya.

Setakat jam 8.50 malam semalam (15 Oktober), CGM telah mengumpul sejumlah RM7,322,009.18 daripada orang ramai.

Sumber: Instagram (@khairulaming)/ X (@pakmatHQ)

Orang Ramai Kagum & Berterima Kasih Atas Usaha Khairul Aming

Menjengah ke ruangan balas hantaran itu, orang ramai dilihat kagum dan memuji usaha yang dilakukan oleh Khairul Aming untuk membantu mereka yang terkesan dengan konflik antara Palestin dan Israel.

Menurut influencer terkenal Ceddy, dia telah terinspirasi dengan sikap Khairul Aming dan akan membuat perkara sama jika dirinya mempunyai bisnes yang mengaut keuntungan tinggi seperti Sambal Nyet.

Dalam masa sama, ramai juga yang telah mendoakan influencer tersebut agar dirinya sentiasa dimurahkan rezeki serta berjaya di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, banyak betul duit keuntungan bisnes yang Khairul Aming sumbangkan untuk membantu umat Islam di Gaza. Salute!

Sumber: X (Twitter @khairulaming)

Baca Artikel Berkaitan: Konflik Palestin & Israel: Wisma Putra Bakal Salur RM1 Juta, Seru Rakyat Malaysia Bantu Beri Sumbangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom

Baca Artikel Berkaitan: Digelar ‘Opportunist’ Selepas Keluarkan Semula Koleksi ‘dUCk Palestine’, Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd